Wings - Sayap Illusi [Lirik]

preview_player
Показать описание
Lagu: Sayap Illusi
Artis: Wings
Komposer: Awie
Lirik: S. Amin Shahab

Semakin jauh aku renungi diri
Semakin dekat kekasih di hati
Dia mentari akulah sinarnya
Dia lautan akulah airnya

Kalaulah ada selain darimu
Biarku hancur dan menjadi debu

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila ohhh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya

Bila hadir cinta yang satu
Jangan ditanya siapa dia
Tanya dia siapa kita
Dan pulang ke mana akhirnya

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila ohhh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Macam mana sekali pun tak sama seperti Muhammad memandang Tuhannya...lagu yg terbit setelah Muhammad memandang Tuhannya adalah tubuh yg tersungkur sujud, malu menerbitkan Akhlak... menolak segala2nya hatta matahari ditangan kanan mahupun bulan ditangan kiri...walhal cinta kita masih dibibir...tidak mampu sujud UTK bersyukur hatta untuk sepasang mata...apa2 pun lagu terbaik UTK ajak tubuh diam seketika masuk memulakan langkah lama yg tertangguh.... Wallahualam

alongportdickson
Автор

cinta manusia hanya seketika tetapi cinta pada yang maha esa kekal selamanya☝️

paanbrembo
Автор

Kau mengejar nikmat dunia
Hingga kau lupa nikmat y nyata
Kau mengejar bahagia
Hingga kau lupa janji PadaNYA

Kau mengatakan cinta
Tapi kau sering menduakanNYA
Kau mengata taat dan patuh
Namun kau sering melupakanNYA

DIMANA CINTA YANG SATU
DUNIA ATAU NIKMATNYA YANG NYATA, , , mimpi atau ilusi
Hanya kau y mampu memiliki
Dimana akhirnya persinggahan yang nyata, , yang abadi.

mkynsamkynsa
Автор

Lirik yg mengingatkan kita kepada Pencipta Yang Satu....Allahu Akbar...hancur diriku jika ada selain dariMu Ya Allah...

mohamadafifi
Автор

Lagu ni tak boleh dikaitan dengan hubungan hamba dengan tuhan sebab di awal lirik dah mennyamakan sifat dengan makhluk.. Dia Mentari akulah sinarnya.. Dia Lautan akulah airnya…

Kalau Dia tu di maksudkan sebagai Tuhan… itu dah bertentangan.. sebab Tuhan tak boleh disamakan dengan benda / makhluk

So aku anggao ni lagu cinta antara manusia ja

mohamadhanizam
Автор

Jangan kau kata pada ALLAH kau ada masalah yang besar, katakan pada masalah kau ada ALLAH yang maha besar

starwalker
Автор

tgh healing layan lagu ni...tetiba anak yg meningkat remaja dtg dekat..tya lagu apa abh layan bunyi menusuk kalbu..selang 2-3 hr ringtone hp dia udah bunyi lagu ni..mmg sah lagu2 zaman diorang xsedap mana kan kan kan..🤭

keryjunior
Автор

mantap aura hidup...bila degar lgu ini dan menyanyikannya menusuk hati batin..mksud mndlm kpda erti dunia kita yg sia2 jgan leka dan sesat dgn cbaran pelbagai cinta mainan nsfsu..maaf cinta yg suci abadi kekal hnya cinta kpda Allah Swt.Aamiin.

noraidahnurfarazirah
Автор

Saja dtg sini sbb nak hayati lirik. Semua ni gara² #MiDi 😊❤

diyanabaharin
Автор

Lagu favourite arwah papa.. “bila hadir cinta yang satu, tidak ku peduli sejuta seteru. Al-fatihah Ahmad Zamri bin Mohd Husin

grumpybears
Автор

Hu Allah
Hu ya Allah
Ya Allah
Allah
Hu ya Allah hu ya Rabbi
😢 . . . .

indrajayaentertainment
Автор

Wajib mengenal yang dicintai, kenal lah diri untuk mengenal yang dicintai☝️

royhbptv
Автор

Terbang dgn sayap ilusi bertutur dlm bahasa hati..Antara seseorg itu berdoa dgn Tuhan..Creative Words.

faizalarifin
Автор

Best of de best.. Kurniaan Ilahi...kpd Msia.. .🤲🤲🤲 2022.... smga saksess.. lagu spt Nurnilamsari..

zamizi
Автор

the best lirik..smple n short fhen mendalam perkataan nya..good job...my malay n muslim.

feedamzlawless
Автор

kenal diri...kenallah pemilik diri...bahgianya hanya dia yg tahu.

matnasirramli
Автор

Hanya islam agama yang Allah redhai. Masa depan kau ke mana, syurga ke neraka kau pulang. Nak masuk syurga abadi menjadi orang kekal dan malaikat? Jadilah orang bertakwa. Hanya syurga di atas boleh melawat syurga di bawah. Syurga di bawah tak boleh melawat syurga di atas. Neraka tempat seksaan, tak boleh melawat. Kau sendiri akan melawat diri kau. Sebab masa tempat dan ruang yang berbeza, bukan duplicate. Tapi diri kau sendiri. Makrifat tinggi, tak tahu boleh paham ke tidak.

orangitulah
Автор

Thank you MiDi for this moment. May Allah ease everything for both of you 🥰

atashanabila
Автор

Airmata mengalir..terasa jauh dan hina nya diriku ini..ampunkanlah dosa2 kami yaa Rabb..matikanlah kami dgn iman ya Rabb..🤲🤲🤲

wanadha
Автор

wow.. terbaikk lah liriks lagu ni.. padu betool ⭐⭐⭐⭐⭐

amylee