Bersatu, Bersetia, Berkhidmat | United, Loyalty, Service - UMNO Official Song

preview_player
Показать описание
DISCLAIMER: THIS CHANNEL DOES NOT AFFILIATE WITH ANY SORT OF POLITICAL FACTION THAT EXISTS, IT IS ONLY POSTED WITH PURE INTENTION OF PRESERVING AND MAINTAINING ACCORDING TO HISTORICAL RELEVANCY.

MAKLUMAN: SALURAN INI TIDAK SESEKALI TERJEBAK DENGAN MANA-MANA IDEOLOGI ATAU BAHAGIAN-BAHAGIAN POLITIK YANG WUJUD, VIDEO SEBEGINI DIMUAT NAIK DEMI PEMELIHARAAN DAN PENJAGAAN MENGIKUT SITUASI SEMASA.

{——————————————————————————^•…`|ENGLISH|´…•^—————————————————————————}

“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat” (English: “United, Loyalty, Service”) is the official song for the United Malays National Organisation, or UMNO. It was composed and lyricized by Johari Salleh, and was adopted as the official song for the political party in 1986.

UMNO, otherwise known as PEKEMBAR, was established as a result from opposition towards the Malayan Union, formed by the British, which robbed off the Malay sovereignty. A series of Malay congresses were held, which then led to its formation during the Third Malay Congress on 10 May 1946 in Johor Bahru under Dato’ Onn Jaafar’s leadership, as a result of agreement to unify the sparse Malay-based organisations and unions. UMNO continued to oppose the Malayan Union until 1948, where the Federation of Malaya replaced the union. UMNO shifted towards politics and governance since then.

In 1951, Onn Jaafar left the party as he failed to open membership to non-Malay Malayans, and his post was replaced by Tunku Abdul Rahman. The same year, a group of Islamists also left UMNO to form the Pan-Malayan Islamic Party (PAS). UMNO would then create a temporal pact with the Malayan Chinese Association (MCA), which led to the winning several local councils. Prior to the 1954 elections, UMNO and MCA formed a coalition called the “Alliance”, and won by a landslide.

In the 1969 general elections, the Alliance suffered heavy losses in seats, in which MCA lost the most, to the opposition side. This led to clashes between the Alliance and the Gerakan and Democratic Action Party (DAP), thus causing the 13 May incident. The Yang di-Pertuan Agong (YDPA), advised by the ruling government, declared a national emergency, soon after.

In 1987, UMNO was split between two factions and caused UMNO to be outlawed by the Registrar of Societies. Razaleigh’s camp tried to establish UMNO Malaysia (or Spirit of 46 Malay Party) and claimed as the successor for UMNO, but was denied by the RoS. Mahathir’s camp then registered the “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (UMNO Baru), then becoming the trus successor for UMNO.

{——————————————————————————^•…`|MALAY|´…•^—————————————————————————}

“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat” (Jawi: “برساتو، برستيا، برخدمت”) merupakan lagu rasmi Parti Kebangsaan Melayu Bersatu, atau UMNO. Lagu ini digubah sepenuhnya oleh Johari Salleh, dan telah diguna pakai sebagai lagu rasmi UMNO pada tahun 1986.

UMNO, atau nama lainnya PEKEMBAR, ditubuhkan hasil penentangan terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British dan membawa pencabulan hak peribumi Melayu. Beberapa siri Kongres Melayu berlangsung, yang kemudiannya membawa penubuhan UMNO semasa Kongres Melayu Ketiga pada 10 Mei 1946 di Johor Bahru di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar. UMNO wujud hasil kesepakatan pertubuhan-pertubuhan kecil Melayu untuk bersatu. UMNO menyambung siri penentangan Malayan Union sehingga tahun 1948 apabila sistem persekutuan menggantikan kesatuan tersebut. Sejak itulah UMNO mengubah perjuangannya ke arah pentadbiran dan politik.

Pada tahun 1951, Dato’ Onn Jaafar meninggalkan UMNO kerana gagal membuka persatuan tersebut kepada bukan Melayu, dan jawatannya digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Pada tahun yang sama, sekumpulan ahli yang Islamis juga meninggalkan UMNO untuk membentuk Parti Islam Se-Malaya (PAS). UMNO seterusnya melakukan pakatan sementara bersama-sama Persatuan Cina Malaya (MCA), yang membawa kepada kemenangan di beberapa pilihan raya daerah. Sebelum PRU 1954 berlangsung, UMNO dan MCA membentuk “Perikatan”, dan telah menang besar.

Semasa PRU 1969, Perikatan mengalami kehilangan banyak kerusi, dengan MCA terkesan teruk, kepada puak pembangkang. Hal ini membawa permusuhan antara Perikatan dan Gerakan serta Parti Tindakan Demokratik (DAP), sehingga menyebabkan Rusuhan 13 Mei. Yang di-Pertuan Agong (YDPA)pada waktu itu mengisytiharkan darurat politik atas permintaan pihak kerajaan.

Pada tahun 1987, UMNO terpisah kepada dua pihak dan menyebabkan pengharamannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pihak Razaleigh cuba menubuhkan UMNO Malaysia (atau Parti Semangat 46) dan mengisytiharkan parti itu sebagai penerus kepada UMNO, tetapi ditolak oleh JPPM. Pihak Mahathir pula berjaya mendaftarkan “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (UMNO Baru), yang menjadi penerus UMNO yang sah.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

UMNO terus mara utk rakyat Malaysia...💪💪💪

salnahmdsakuri
Автор

Lagi best kalau ada letupan meriam 🎉❤❤...

firdaus_
Автор

Setiap kali Pilihan Raya kerusi MB Selangor kerusi panas

mohdhazwan
Автор

Insyaallah PRU 15 BN menang majoriti insyaallah amin amin amin

bcedsxm