Iera Milpan - Retak Hatiku Raya (Official Music Video)

preview_player
Показать описание
RETAK HATIKU RAYA
Lirik: Emo & Achoi Floor88
Lagu: Zai Hamzah
OP: RUSA Marketing Sdn Bhd
Label: MVM Music

Malam bertemankan pelita
Sunyinya hari yang takku duga
Rinduku pendam tidak menentu
Semakin hatiku sayu

Bila takbir mula bergema
Di pagi hari yang sungguh indah
ku titipkan doa tuk kedua
Ayah bonda di pagi mulia

Rindu hati sunyi ku terasa
Hari raya tanpa ayah bonda
Air mata berlinangan jatuh
Ku rindu suasana bersama

Tak dapat kita rai bersama
Menyambut hari raya bahgia
Kenangan yang tak dapat ku lupa
Hanya memori yang indah

Maafkanlah aku membawa diriku
Di hari mulia jauh dari desa
Kasih tak berubah walau tak bersama
Semoga ayah bonda bahagia di sana

#RetakHatiku #laguraya

P&C: MVM Production Sdn Bhd
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Good work, irama tradisional segini lah lagu raya boleh mendakap dihati kita. Kualiti itu yang penting. Syabas Iera Milpan.

mahdinieabrahaman
Автор

Assalamualaikum....

Iera milpan baguslah sudah keluar lagu baru tu tajuknya 👉 retak hatiku raya 👏👏👏👏

Nasib baiklah Iera milpan pandai nyanyi lagu retak hatiku raya good Lucky Iera mantap sekali 👍👍👍

Macamtu la saya nak sambung jer (rentak dah betul hatiku raya okey la tu 👍👍👍 mananya sambung jer lagu dan lirik tu. (Nanti nyanyi dalam music video tu mesti sebutan yang betul k.... Yang paling penting kena sama dengan tajuk lagu k Iera milpan. Teruskan semangat lagi Iera milpan buat yang terbaik 2024

ejatfamily
Автор

ingtkn zaman sekolah ja nyanyi tukar2 lirik, melody yg sama.. rupanya dh level "artis" pun buat gitu jgk.. kluar sikit kos, buat baru.. sora sedap, boleh buat lagu raya yg mendayu2 gini, cnfrm meletup.. retak hatiku tu ada vibe dia sendiri dh.. xperlu ubah2 lirik.. sekadar pendapat yg xberapa nk pendapat sgt.. haha

muhammadadli
Автор

Dari Sarawak ni, MEMANG SEDAP lh lagu ni❤

golywwm
Автор

Merinding mndengar suara & lirik lagu'y. Kereeennnn ... 👍

jkwxrqo
Автор

TAPI Lagu Raya Zaman now cepat bosan xdek langsong teribas kenangan lalu 😢😢

mohamadshafiqmaktehasa
Автор

Assalamualaikum Iera Milpan .dati Indonesia hadir support .semoga yang terbaik lagu ni .aamiin

jalaludin
Автор

'hari raya tanpa ayah bonda" got me 😭😭 tahun ni 1st time raya both parents tiada. tak tau nk expect apa kami adik beradik..

haniramli
Автор

Lagu ni buat terkesan kepada orang yang dah tiada ibu bapa. Lebih sakit lagi orang yang baru kehilangan seperti aku. Kpada yang senasib harap kita sama2 kuat dan tabah. Al fatihah kepada orang tersayang

motoroda
Автор

Ape 2 pun ramai yg kondem lagu ni tapi lagu ni sampai dijiwa aku kesedihannya kerna aku pernah merasa kehilangan ayah dn bonda tiba waktu raya aku keseorangan dipgi raya kerana aku x ade adik2 lain aku anak tunggal

kamsiah
Автор

Seriuss tak kena doo ttp lagu retak hati ku tergiang2 kau tukar la mcm mana pon sama je rasa

ABEDIESURFCASTINGCHANNEL
Автор

Lagu ini bagus, sedih jika ingat kenangan bersama orang tua

anwarsamiran
Автор

Patut hari raya kita bergembira menyambut hari kemenangan.tapi relevan juga mengenangkan orang yang tiada.😅

Mad-Gila
Автор

Tapi baguslah buat awal lagu terbaru rentak hatiku raya 👏👏👏
Memang mantap memang terbaik 👍👍👍 ❤❤❤❤ teruskan semangat Iera milpan sampai 100k ke 200k ke 300k ke 400k ke supaya penonton tengok terhibur Iera milpan nyanyi lagu sedap dengar suara memang terbaik 👍👍👍

ejatfamily
Автор

Kena dengan jiwa aku yang Retak di Hari Raya 😢😢

adrymbd
Автор

Rasanya retak hatiku versi dangdut sesuai nk buat lagu raya yg ori ni mcm sedih sgt

Apeni-cliq
Автор

Masya Allah.. Adem rasanya dengar lagu Melayu, selamat menjalankan ibadah puasa saudaraku muslim dimana pun berada 🥰☝👍

DaengLala
Автор

Kasih kepadamu menghiburkan hatiku...❤❤💖💖💌👏

norkamiliamokhtar
Автор

Ya Allah sedih nya lagu ni ..aku beraya tanpa ibu .Al Fatihah buat arwah ibuku.

abdulrahman-fpym
Автор

Ada beberapa pro dan kontra bila membicarakan trend lagu² baharu hari raya sekarang

Dari sudut pronya, ia mampu menambahkan koleksi lagu² hari raya dengan variasi genre mengikut peredaran zaman. Selain itu ianya akan menjadi pilihan kepada generasi² baharu yang inginkan seleksi lagu² hari raya yang lebih segar dengan selera pendengaran mereka. Kemunculan lagu² baharu ini juga menunjukkan karyawan² seni sekarang masih mampu menghasilkan lagu hari raya mengikut kreativiti mereka berdasarkan sudut pandang menyambut lebaran hari ini.

Cuma apabila kita bercakap dari sudut kontra, memang tak dapat dinafikan ianya akan mencakupi pelbagai aspek. Pertama dari segi penghasilan lagu itu sendiri di mana kadang² ianya dihasilkan bukan untuk menjadi sesuatu yang bakal bertahan lama. Lagu² sedemikian mungkin akan bertahan sekitar 3-5 tahun sahaja dan kemudiannya sudah tidak lagi mampu menarik minat audiens.

Kedua, susunan muzik yang tidak mencerminkan budaya bangsa. Walau sesedap mana pun sesebuah lagu itu, jika susunan muziknya mengandungi unsur atau elemen yang tidak cocok dengan budaya bangsa dalam meraikan hari lebaran, ianya takkan mampu menterjemah atau menggambarkan suasana meriah menyambut hari raya. Unsur² hip hop yang menjadi trend dalam sesebuah lagu hari raya sekarang terasa amat hodoh dan boleh dianggap mencacatkan/mengganggu keindahan kala mendengar atau menghayati sesebuah lagu berkenaan. Lebih baik sahaja lagu hari raya itu dihasilkan (dirakam) dalam bentuk/genre itu daripada dicampur² kononnya untuk tujuan komersial. Wajar diingat lagu hari raya tidak wajar dijadikan bahan komersial kerana tempoh kegunaan/pasaran yang terhad (hanya setahun sekali).

Ketiga, lirik² yang kurang tepat/berkaitan, tidak manis, sembrono, bahasa yang tidak cantik dan pelbagai lagi yang menjadi lagu² hari raya ini tidak ubah seperti lagu² komersial biasa. Ketepatan dan keindahan lirik di dalam sesebuah lagu amat penting bagi menceritakan sebarang keadaan/luahan/perasaan dan sebagainya. Melalui lirik yang tepat dan sesuai, sesebuah lagu itu boleh mencipta gambaran tertentu yang dapat dibayangkan.

Keempat, penyaduran lagu tanpa penggubahan susunan muzik. Ianya sedikit sebanyak pasti mendatangkan kebosanan kerana lagu² sebegini disadur daripada lagu² komersial/popular dan sekiranya tiada sebarang gubahan dibuat, secara tepat tidak wujud apa yang boleh kita istilahkan sebagai lagu hari raya baharu. Ia sekadar dilabel sebagai sebuah lagu cover dengan pengubahsuaian lirik semata².

semangatmalaysiadihatiku