[LIVE] JOHAN Nasyid (SM) FNKSS Kebangsaan 2024 - Izdan (Johor)

preview_player
Показать описание
Saksikan persembahan giliran ke-12 iaitu Izdan yang mewakili negeri Johor.

Pertandingan Nasyid (Menengah) sempena FNKSS Peringkat Kebangsaan 2024 telah berlangsung pada Sabtu, 10 Ogos 2024 di HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur.

- -
KEPUTUSAN PENUH NASYID (MENENGAH)
FESTIVAL NASYID & KHAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

Johan: Izdan (Johor)
Naib Johan: Anugerah (Kuala Lumpur)
Ke-3: Zayyan (Kedah)
Ke-4: Khalifah (Sarawak)
Ke-5: Charisma (Perak)

Lagu Tema Terbaik: Izdan (Johor)
Lagu Kontemporari Terbaik: Izdan (Johor)
Lirik Tema Terbaik: Khalifah (Sarawak)
Lirik Kontemporari Terbaik: Anugerah (Kuala Lumpur)
Solo Terbaik: Muhammad Wazeer - Khalifah (Sarawak)
Persembahan Terbaik: Izdan (Johor)

- -
Ikuti kami di media sosial dan bantu kami capai 1000 follower di Tiktok!
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

FI HIFZILLAH

Fi hifzillah moga dilindung Allah
Dalam perjalanan kembara berkelana

Kuberjalan di bumi-Mu
Berlatar sinaran sang mentari
Berbumbungkan langit nan tinggi
Perjalanan tenangkan fikiran
Marhalah kembara jarak ukuran
Hikmah dicari jadi sandaran

Damba keberkatan setiap ketika
Bergantung pada Allah Yang Kuasa
Dipermudahkan selamat sentiasa
Syukur segala nikmat kurnia-Nya

Fi hifzillah moga dilindung Allah
Dalam perjalanan kembara berkelana
Fi amanillah selamat segalanya
Tuju destinasi mencari mardhatillah

Wajib haji cukup syarat istito’ah
Berziarah umrah itu sunnah hukumnya
Sillaturrahim harus dijaga
Hukum hakam terpelihara
Iringi permusafiran dengan doa

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِيْ سَفَرِنَا هَذَا
اَلْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى

Ya Allah kami meminta
Perjalanan kami semua
Kebaikan juga taqwa
Dari amalan yang kau reda

Bekal kesabaran dan niat suci
Doa dibaca tulus mengiringi
Rukhsoh kelebihan ilmu dicari
Muhasabah menginsafi diri

Fi hifzillah moga dilindung Allah
Dalam perjalanan kembara berkelana
Fi amanillah selamat segalanya
Tuju destinasi mencari mardhatillah

Fi hifzillah moga dilindung Allah
Tuju destinasi mencari mardhatillah
Fi Hifzillah Fi Amanillah

Enjoy! Fi hifzillah semua❤

izdanofficial
Автор

Walaupon dah 8 bulan berlalu, still suka dengar lagu Fi Hifzillah ni ✨🔥... Hadir support dari team Zayyan 😁❤

alifnajmi
Автор

KARAMAH INSANIAH

Akhlak yang mulia bukan hanya di wajah
Suluhan cahaya terang di dalam jiwa

Ya Allah

Setinggi gunung didaki
Menempuh onak dan ranjau duri
Bekal kesabaran berkat pengorbanan
Menggapai impian
Tinggi aspirasi akal serta budi
Teguh jati diri

Bagai bahtera rentas samudera
Meredah gelora
Itu hakikat hidup di dunia penuh pancaroba
Carilah mahmudah tinggalkan mazmumah
Mendamba mardhatillah
Berilmu berjasa seiring menjana
Karamah insaniah

Akhlak yang mulia bukan hanya di wajah
Suluhan cahaya terang di dalam jiwa
Iman juga taqwa sempurnakan sahsiah
Pedoman berharga anugerah Yang Esa
Subur perasaan manusiawi hidup bererti

Iman dipupuk luhur pekerti
Karamah insaniah
Berpegang teguh kalam Ilahi
Al-Quran kalamullah
Tinggi menjunjung sunnahnya Nabi
Muhammad Rasulullah

اَللَّهُمَّ اُهْدِنِيْ لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ
فَإِنَّهُ لاَ يَهْدِيْ لِأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْت

Maksud;
Ya Allah,
Tunjukkanlah aku kepada akhlak yang baik,
Tidak ada yang dapat menunjukkannya kecuali Engkau

Bagai bahtera rentas samudera
Meredah gelora
Itu hakikat hidup di dunia penuh pancaroba
Carilah mahmudah tinggalkan mazmumah
Mendamba mardhatillah
Berilmu berjasa seiring menjana
Karamah insaniah

Keazaman keimanan kepimpinan
Wadah gapai al-falah
Kesopanan kesantunan lestarikan
Karamah insaniah

Ilmu di dada bekalan kita
Al-Quran sunnah suluh perjalanan
Pewaris bangsa legasi kita
Demi sebuah ketamadunan

Karamah insaniyah
Keazaman keimanan kepimpinan
Wadah gapai al-falah
Kesopanan kesantunan lestarikan
Karamah insaniah
Karamah insaniah

izdanofficial
Автор

Performance izdan memang balanced. Betul2 format gaya nasyid KPM. Patut juara. Akak doakan adik2 berjaya dunia akhirat. Lepas kejayaan yg ini moga banyak lagi kejayaan dtg pada awak semua pada masa akan dtg. Insha Allah. Dan semoga team izdan yg akan datang akan teruskan legacy of dakwah yang diwawasankan. Semoga terus maju jaya!

akutq
Автор

Izdan : 88.2
Anugerah : 88.1

Mmg 2 ii team ni ... Gempak terukk

hnfrhnnz
Автор

Dah jumpa kenapa Izdan Johan.. Lagu pertama dia lebih menepati syarat.. Tahniah 🎉🎉

uanisniyazchannel
Автор

Alhamdulillah rezeki tidak pernah salah alamat.

Izdan - Johan pertimbangan nasyid peringkat kebangsaan FNKSS 2024.

Anugerah - Johan pertandingan nasyid dai voice ASEAN Thailand 2024.

Sama² hebat. Masya Allah tabarakallah alhamdulillah.

muaz
Автор

hummm...orang dok asyik compare izdan dan anugerah jer..tpi, satu jer yg ak pasti..dua2 team ni bukan level sekolah menengah lagi dah..diorg ni dah level universiti pnya performance.

crazyscholar
Автор

kenapa ya ade yg compare2 dan tak terima kemenangan izdan, tujuan festival nasyid ni diadakan bukan sekadar pertandingan semata mata, tapi ini salah satu bentuk dakwah dan juga nak melahirkan generasi yang dapat teruskan misi dakwah ini.

ikmalhaikal
Автор

Follow nasyid dari zaman sekolah lagi sampai skrg still layan Izdan, khairan, anugerah, soutul faizin bagi aku dari dlu sampai skrg tak pernah mengecewakan masing-masing ada gaya tersendiri good job boys

malromeo
Автор

Tahniah Izdan.mmg layak juara. Terbaik. Harmoni suara, gaya persembahan tip top

smkfeldabesout
Автор

Terbaik izdan sememangnya layak johan ❤

ammararif
Автор

Terbaik team nasyid izdan maahad muar johor... bangga jadi anak johor

diahsay
Автор

saya tengok live. memang izdan layak menjadi juara

qwheein
Автор

Ramai yg cakap anugerah lebih layak johan mengikut pendapat masing2.. sebelum bagi pendapat, kita kena tahu dulu asas2 penilaian juri.. mereka juri lebih ahli dalam membuat penilaian, kita ni hnya nilai ikut sedap telinga kita sahaja.. juri pon pasti berbincang dahulu sebelum mereka tetapkan markah.

HysanMuhammad
Автор

Terbaik team maahad Muar Johor...semoga berjaya didunia Dan diakhirat...kekal Johan dari zaman sekolah...❤

umisofia
Автор

Izdan Juara. Anugerah lagu lebih best pada yang pertama. Kedua-dua kumpulan ada kelebihan. LAgu kedua Izdan juara.Jika saya juri, Izdan lah yang tepat. Nasyid tak perlu gaya yang amat berlebihan. JIka anugerah boleh kurangkan sedikit lagi nampak tenang. Kumpulan Izdan, gaya nya lebih sederhana, tidak berlebihan sesuai dengan namanya pertandingan Nasyid.

ustazahctchannel
Автор

TAHNIAH IZDAN.. SEMEMANGNYA LAYAK.. SEDAP SGT

afiflatif
Автор

memang layak menang ..kami tgk live dh jangka dari awal

zachannel
Автор

Kalau nak daftar smka maahad kene baca al Quran dari muka surat 1 hingga m/s akhir kalau gagal tak dapat masuk

izz_irfan
join shbcf.ru