Reedzwann - Tercipta Satu Senyuman (LIRIK)

preview_player
Показать описание
song - Tercipta Satu Senyuman
artist - Reedzwann

#terciptasatusenyuman #reedzwann #lirik
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Kenapa banyak komen sedih-sedih ni? Percayalah orang yang tepat akan muncul dalam hidup anda. Kesakitan masa lalu itu akan mengajar anda untuk lebih menghargai kegembiraan di masa akan datang. Insha Allah, Allah dah susun jalan cerita hidup kita cantik-cantik.

muhammadnabihan
Автор

Hadir lah cinta sebenar benarnya pada Allah dan Rasul..insyallah...akan hadirkan insan yang akan cinta dan sayang pada kita setulus ikhlas hingga ke surga. Allah sebaik baik perancang dan sebaik baik pertolongan.
Hasbunallah Wanikmal Wakil حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ.Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung“

aisyamiqaelchannel
Автор

sya bercinta hampir 6 thn dan tiba2 putus dia pilih orang ketiga dan dia lepaskan sy pada awal tahun 2022. Masa tu rasa down sngt sbb sy sngt syg kn dia dan sy terlalu percayakan dia. Saya rasa xpercaya pon ada dia sanggup duakn sy. Lepas dua bulan kami putus sepupu jauh saya ajak kawen dan saya terima lamaran dia, time tu saya redha dengan semua. Saya terima dia dengan hati yg terbuka walaupun kami xpernah bercinta lagipun dia adalah pilihan Abah saya. Allhamdulillah kami telah di ijab kabulkan pada 1.7.2022. sy rasa sangat dihargai oleh dia dan saya rasa saya tidak salah pilih kerana sy pilih orang yg mencintai saya. Tahun ini kami bakal jadi seorang ibu dan bapa. semoga Allah permudahkan segala urusan sy dan suami saya. ❤️ bercinta selepas nikah tu detik yg paling berharga

masadiba
Автор

Fokuskan cintamu pada tuhanmu, itulah cinta sejati cinta yang hakiki ... 😊

unknown_
Автор

jangan lah mudah jatuh cinta...percayalah bermula dengan blushing berakhir dengan healing ...sakitnya tidak boleh digambarkan ...

adilahzuhaira
Автор

Saya sangat bersyukur kepa Allah 10tahun becinta
Kenal2x dalam sosial media 2tahun
Tunang 1tahun lebi
Syukur nya genap 10 tahun ahir nya sah harap masi ada bocil2x yang setia☺️☺️☺️☺️

ediox_delmion
Автор

dengar lagu ni teringat wajah suami, teringat masa muda"dlu syukur alhamdulilah hubungan rumah tangga sd mencecah 17 tahun, Aaminn....

AinNazwa-ek
Автор

Kalau terdengar lagu ni ingt 1 benda je yg paling senang lagu ni sampaikn....dlm kita bercinta dengan org lain akn ada jugak org yg menunggu kita dan ia akn ada bila kita dlm kesusahan dan saat kita perlu kn seseorng yg dpt mendengar kita

affendishafiee
Автор

Dri masa mula2 kehilangan. Sampai sekarang masih rindu org sama🙂 kadang2 okay tapi yg penat perasaan down tu dtg tiba2. Ye jujur cakap rindu. Rindu sgt. Bukan semua org yg pernah dtg, kita rasa nyaman . Dan aalah yg dia lakukan kita x pernah rasa benda tu masalah besar. Sbb kita syg . X pernah berani nk melangkah pergi dan akhirnya kita yg ditinggalkan🙂

afiqaisyamuddin
Автор

Dari tahun lps sy selalu terdgr lagu ini..sedap sayu di hati teringat kisah lalu..dulu sy bercinta dan sgt menyayangi seorang lelaki yg sy percaya dgn nya, tetapi hubungan kami tak direstui, dia terus membawa diri tanpa memberi khabar berita, setelah setahun dia pergi ..ibu sy menjodohkan sy dgn anak kawan nya, tapi perjodohan itu hanya bertahan 10tahun, dia mengecewakan sy dgn adanya org ketiga, dan berakhir perceraian..setelah 1tahun bercerai bekas kekasih yg dulu amat sy syg kembali dgn membawa seribu makna, utk membuktikan kasih syg nya pada sy, dia tidak berkahwin sampai lah kini dia lah suamiku yg baharu, kini kami direstui dan sy berharap ini lah cinta sejati Dunia dan Akhirat..😊

asmakeru
Автор

tak broken.. dah 4 tahun single tapi tu la.. terobses plak ngn lagu ni😂😂

natasyamiskhan
Автор

Dah 6 tahun jaga, 3 tahun gi sambung belajar luar negara, last ii kena tinggal 🥲😅.. pedih beb tapi takpelah, fokus kerja dulu baru, ada keyakinan nak semula atau tak.. 🥲 TQ Buat aku ketawa time sakit, time aku stress.. Mungkin dia jumpa yang perfect banding aku.

kucingBermisai
Автор

Kukira "tercipta satu senyuman "itu hanyalah sebuah lagu tapi sekarang baru ku sedar bahawa tajuk itu adalah kisah kita yg baharu...

SyakirulIman
Автор

Jika jodoh kita bukan dengannya, bercinta lah 19 tahun pun...tapi bukan jodoh tkkn bersatu di pelaminan jgk...ibarat dtg ke kenduri bukan sbagai pendamping tapi sebagai tetamu...jangan mudah jatuh cinta...SAKIT DO

nurulsalsabila
Автор

Buat insan yang aku cintai 💗 harap engkau dengar lagu ini ♥️ walaupun kini sudah tiada di sisiku 💗😌

rashidapu
Автор

Jodoh tu rahsia Allah..bercinta nk dekat 10tahun dengan org lain, tpi x dihargai..akhirnya kahwin dgn suami, baru knl en suami seminggu..blm sebulan kenal.. Alhamdulillah Tercipta 1 senyuman, Sy bahagia dgn perkahwinan ini, .betul la selepas hujan pasti ad pelangi ..Sy da byk bersedih..tq en suami sbb terima baik buruk Sy..syg awk sgt3..

siticha
Автор

Terkadang yang terbaik itu bukanlah dengan bersamanya, tapi cukuplah sekadar mengenalinya dan melangkah pergi🚶🏼‍♂️, kerna aku yakin ada seseorang yang menanti😁

aliaslias
Автор

Aku senanye tk minat lagu melayu tpi sejak sorang laki ni selalu nyanyi lagu ni aku tetibe jadi minat

nurainsyafiqahbintikamaruz
Автор

Benar, hatiku hancur dan ku bersendirian
Tiba-tiba kau muncul untuk menjadi teman
Benar, kita pernah bertemu tapi dulu
Dua ke tiga tahun lalu
Aku tertanya
Aku rasa macam tidak percaya
Adakah ini benar-benar cinta?
Rasa macam cinta pandang pertama
Adakah ini mimpi saja?
Katanya "Tolong jangan menangis
Aku di sini bersama dirimu
Akan ku di sisimu
Sehingga, sehingga matiku"
Tercipta satu senyuman
Saat engkau hadir dalam hidupku
Seperti bunga yang layu
Kini mekar kembali
Beginikah rasa cinta
Setelah hatiku hancur tersiksa
Oh, bahagianya rasa telah pun tiba
Katanya "Tolong jangan menangis
Aku di sini bersama dirimu
Akan ku di sisimu
Sehingga, sehingga matiku"
Tercipta satu senyuman
Saat engkau hadir dalam hidupku
Seperti bunga yang layu
Kini mekar kembali
Beginikah rasa cinta
Setelah hatiku hancur tersiksa
Oh, bahagianya rasa telah pun tiba
Oh, bahagianya rasa telah pun tiba
Oh, bahagianya rasa telah pun tiba

shahiramirul
Автор

Bila tengah down cari dia hanya sebagai kawan untuk meluah, tak sangka dia masih menunggu. Hati mula tertau kembali. Tapi tak dapat untuk bersama semula. Suka dengar lagu ni sebab dia send lagu ni, kena sangat dengan situation kita orang ❤😔😭

nurulainaamirah
join shbcf.ru