Kopi Tenom | Kopi O Ais Tenom Padu !

preview_player
Показать описание
 

Kopi popularkan daerah Tenom

BIJI kopi dimasak menggunakan kayu api bagi memastikan aroma dan keenakan kopi. - Foto Edmund Samunting

 

MENJEJAKI tempat asal kopi Tenom, umpama memasuki kedai kopi atau kopitiam yang diselubungi aroma kopi pada waktu pagi.

Setiap hari, aroma kuat kopi menyelubungi pekan Tenom berpunca daripada beberapa kilang pemprosesan sekitar pekan itu yang biasanya memasak biji kopi bermula pada awal pagi hingga tengah hari.

Ia antara suasana menarik menanti pengunjung yang datang ke daerah di pedalaman Sabah itu yang terletak kira-kira 173 kilometer dari Kota Kinabalu.

Bau kopi segar itu pasti membangkitkan keinginan untuk menikmati kopi Tenom yang cukup popular bukan saja di Sabah, malah pengunjung dari Sarawak, Semenanjung dan Brunei, selain menarik perhatian pengunjung mendekati asal usul produk terbabit yang kini dijadikan tarikan pelancongan daerah berkenaan.

Berbeza jenama kopi lain yang biasanya dikenali dengan nama syarikat atau menjadi milik mutlak sesebuah syarikat, kopi Tenom merujuk kepada produk kopi dihasilkan di daerah itu tanpa mengira siapa pengeluarnya.

Panggilan kopi Tenom lebih kepada jenama geografi berdasarkan nama daerah pengeluar yang bukan saja mempopularkan produk pertaniannya, malah melonjakkan nama Tenom sebagai destinasi pelancongan.

Daerah pertama ada kilang kopi

Tenom adalah daerah pertama memiliki kilang kopi di Sabah dengan pasaran produknya merangkumi seluruh negeri, Labuan dan utara Sarawak selain kawasan tanaman kopi terbesar di Sabah menjadikan nama kopi Tenom lebih dikenali berbanding kopi dari tempat lain.

Kini, produk kopi Tenom memasuki pasaran Brunei dan Semenanjung, selain dijadikan buah tangan pelancong dari serata dunia dan menjadi produk kopi pilihan utama kebanyakan hotel dan resort di Sabah.

Menyusuri sejarah kopi Tenom, tanaman itu dikatakan mula diusahakan pada 1926 oleh pekebun Cina menerusi penanaman kopi jenis Arabica yang diperkenalkan penjajah British dengan keluasan tanaman kira-kira 300 hektar.

Walaupun pada awalnya ia memberi hasil yang baik, serangan penyakit dan serangga perosak menyebabkan sebahagian besar pokok kopi Arabica musnah pada tahun 1955 menyebabkan kerugian besar kepada penanam.

Berikutan itu, pada tahun 1956 pegawai British mengesyorkan pokok kopi di daerah itu diganti kepada kopi Robusta yang lebih tahan penyakit dan dikenal pasti sesuai dengan iklim, tanah dan bentuk muka bumi di Tenom.

Kayu api lebih baik daripada dapur gas

Kilang kopi tertua di Tenom, Yit Foh Sdn Bhd yang dibuka pada tahun 1960 masih menggunakan kaedah pemprosesan kopi secara tradisi bagi mengekalkan aroma asli kopi Tenom sejak 55 tahun lalu.

Ia termasuk proses memasak biji kopi menggunakan kayu api daripada batang pokok getah tua yang dianggap kaedah terbaik menghasilkan minuman berkualiti.

Pengarah Urusannya, Alex Yong Fui Chiang, berkata walaupun mengambil masa lama berbanding menggunakan dapur gas, kaedah tradisi itu masih digunakan bagi memastikan aroma dan keenakan kopi yang dihasilkan tetap sama sepanjang masa.

"Saya pernah mencuba menggunakan gas tetapi aroma dan rasanya tidak sebaik menggunakan kayu api.

"Aroma asli kopi Tenom hilang jika biji kopi tidak dimasak menggunakan kayu api kerana ketika diasaskan bapa saya setengah abad lalu, hanya bahan api itu digunakan untuk memasak biji kopi dan saya meneruskannya hingga ke hari ini," katanya.

Biji kopi mentah yang dicampur gula pasir dan mentega dimasukkan dalam tong besi dan dimasak selama kira-kira dua jam, hingga mengeluarkan asap putih yang berbau harum.

Apabila masak, biji kopi dikeluarkan dan disejukkan kira-kira setengah jam sebelum dimasukkan ke dalam tin untuk disimpan atau dibawa ke tempat pengisaran.

Beliau berkata, legasi kopi Tenom keluaran Yit Foh yang diasaskan mendiang bapanya, Yong Loong Vun, tidak akan luput ditelan zaman selagi keunikan dan kebaikan kopi tradisi itu dipertahankan seiring makna Yit Foh yang dalam bahasa Hakka iaitu baik dan damai.

Sejarah Kopi Tenom

* 1926 - Tanaman kopi jenis Arabica diperkenalkan British seluas 300 hektar di Estet Sapong, Tenom.

* 1956 - Kopi Arabica diganti kepada Robusta kerana serangan penyakit.

* 1960 - Jawatankuasa Promosi Kopi Tenom ditubuhkan bagi mengembangkan tanaman kopi.

* 1960 - Kilang kopi Yit Foh, pengilang pertama beroperasi di pekan Tenom. Kini di Kilometer 3, Jalan Tenom-Sapong.

* 1973 - Kilang kopi Tong Fah dibuka di Batu 14, Jalan Kemabong, Tenom.

* 1987 - Kilang kopi Fatt Choi dibuka di Kilometer 2.5, Jalan Tenom Lama, Tenom.

* 1998 - Pesta Kopi pertama mempromosikan kopi Tenom diadakan di Tenom.

* 2014 - Pesta Kopi kedua diadakan di Tenom mempromosi industri kopi sebagai tarikan pelancong.
Рекомендации по теме
visit shbcf.ru