filmov
tv
Video menangis ketakutan, Nabila Huda akhirnya 'update' status terkini - “Salam semuanya, saya okey.
Показать описание
PERKONGSIAN video pelakon Nabila Huda menangis teresak-esak apabila mendapati rumahnya dipercayai didatangi individu yang mencurigakan mencetuskan pelbagai spekulasi. Rata-rata rakan selebriti meluahkan rasa bimbang dengan Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 36, namun ada juga segelintir warganet yang beranggapan ia sekadar lakonan atau gimik semata-mata. Selepas beberapa jam mendiamkan diri, Nabila atau lebih mesra disapa Abil akhirnya tampil berkongsi keadaan dirinya dan memohon agar semua orang tidak berasa risau. "Salam semuanya. I'm ok... jangan risau," tulis Nabila secara ringkas di laman Instastory miliknya pada Khamis. Bagaimanapun, Nabila tidak berkongsi lebih lanjut mengenai apa yang sebenarnya terjadi kepada dirinya. Pada malam Rabu, Nabila berkongsi video dia tidak dapat mengawal perasaan takut apabila ternampak bayang individu berbadan besar memakai serba hitam. Insiden tersebut berlaku ketika suaminya, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila tidak ...