filmov
tv
Syahadah 2022 temui penonton RTM dengan tema Hijrah

Показать описание
Syahadah merupakan antara program yang dinanti-nantikan penonton setia RTM setiap kali tibanya Ramadan.
Walaupun tidak lagi menghidangkan pengisian dari luar negara seperti kelaziman setiap kali penerbitannya sejak tahun 2005, namun Syahadah dengan tema Hijrah tahun ini, punyai keistimewaan tersendiri, dengan paparan yang lebih segar.
Masih mengekalkan pendekatan program terdahulu yang memperlihatkan perkembangan sektor pendidikan, ekonomi, gaya hidup, srikandi Islam, konsep halal, dan budaya setempat yang dipilih.
Syahadah akan bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan ini bermula 3 April, di tiga saluran RTM, iaitu pada pukul 6.30 petang di TV1, 8.30 malam di Saluran Berita RTM dan 9.30 malam di saluran TV Okey. Penonton juga boleh menonton menerusi portal online RTM Klik dan aplikasi RTM Mobile.
Penonton berpeluang menyertai kuiz dan memenangi Hadiah Utama, Hadiah Mingguan dan Hadiah Kuiz Terkumpul tajaan Garam Sasa, Syarikat Red Sea Industries Sdn Bhd, AET Travel Sdn Bhd, Rabbani Productions dan D-Saji.