Roti Mokhtar Guna Ketuhar Arang Berusia 80 Tahun !

preview_player
Показать описание
Roti Mokhtar adalah peniagaan roti yang telah diwarisi 3 keturunan oleh keluarga Encik Mokhtar. Peniagaan yang berusia lebih 80 tahun ini kemudiannya diwarisi oleh Encik Mokhtar setelah menunjuk minatnya sejak kecil. Istimewanya Roti Mokhtar selain daripada rotinya yang lembut dan sedap, ketuhar yang digunakan sudah berusia lebih daripada 80 tahun dengan menggunakan cara yang sama daripada dulu.

📍Lokasi » No 1, Kampung Masjid Lama, Kampung Manggis, 35800 Slim River, Perak
⏰ Waktu operasi » Dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga habis peniagaan

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Nampak keikhlasannya menyediakan makanan dan berniaga kerana Allah... Hatinya ikhlas, jiwanya bersih... Nampak sangat tenang....

malayan
Автор

Pakcik mokhtar put so many wisdom in one video.

MultiCoklat
Автор

Aku suke bile Pak Cik Mokhtar ckp seronok jual roti murah2, sbab terasa nikmatnya. Sbab aku sendiri follow prinsip yg sama bila berniaga. Memudahkn urusan org lain dlm masa yg sama x membebankn diri sendiri. Tp kdg2 org sekeliling tgok ti dakan kita nie bodo sbab bg x tekan harga. Ape yg org x fhm, bkn kaya dunia yg kami cari. Tp redha Allah swt. Tekan harga mmg cepat untung. Tp lebih banyak kesan negatif, d kemudian hari. Antaranya muncul sifat tamak, pentingkn diri, sombong, angkuh, hilang sifat sabar, lahirnya sikap bakhil n etc. Semoga perniagaan Pak Cik Mokhtar semakin maju kehadapan. N semoga kita semua d limpahi rahmat Allah swt dr ilmu yg bermanfaat ini.

beruangjawa
Автор

Pengusaha yg jarang boleh kita jumpa.
Bekerja dgn penuh tekun dan ikhlas.
Semoga diberi kesihatan, murah rezeki & dipermudah segala urusan sekeluarga...😊

modfam
Автор

Kalau nak buat biyor betul betul, takkan nak buat main main..sabarlah, kalau tak sabar tak boleh meniaga ...( Mokhtar seorang pembuat roti Yang wow, seorang melayu Yang hebat..tipikal melayu ..tiada BMW tapi tinggi hargadiri )

ruzdisidi
Автор

Kalau tgk tangan beliau, lembut flexible je jari² dia uli tepung tuh. Bole nmpk bertahun² experience nak menyempurnakan kraf dia what a true master!

msc
Автор

Semoga pakcik Mokhtar sentiasa dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya🤲🏻

nashrulmohammed
Автор

Ralit dengar pakcik Mokhtar bercerita, seronok. Moga beliau dimurahkan rezeki dan sihat2 selalu.

sofiyusof
Автор

peniaga baik, mesra pelanggan, roti sedap, enak, murah & suci. Terbaik👍🇲🇾

shaharuddinhashim
Автор

gaya En Mokhtar bercakap....jelas beliau seorg yg bijak

lunastarr
Автор

Kalau fikir, Roti Je,
Tapi Pakcik Mokhtar cara dia tenang, sabar, lemah lembut dan rendah diri.
Rasa nak berguru pulak dgn Pakcik Mokhtar.

AwisChew
Автор

Seronok dengar pakcik bercakap 😊 Best nye laa dpt cikgu roti mcm ni😊😊😊

NUURAISYA
Автор

Roti acik mokhtar ni memang championzzz.. dia punya rasa memang sedap...cara dia buat ntuh betul2 leagend....yang mana nk beli datang awallah...lewat dpt cium bau jalah...😁

nuatcaster
Автор

Mokhtar ni kawan sekolah saya di Smjk Slim River...
Kalau singgah solat di Masjid Slim River.. selalu jumpa beliau...

ghaniadam
Автор

Roti ni kalau buka francais comfirm hilang rasa sedap dia. Sebab pakcik Mokthar buat dengan sepenuh hati..

aqalkalayuda
Автор

Roti sedap, pakcik Mokhtar ni adab dgn pembeli mmg A..seronok bersembang dgn dia

keropok
Автор

terima kasih encik mokhtar kerana perturunkan sedikit-sebanyak ilmu perniagaan & berkongsi pengalaman berniaga. ❤❤❤

tehaispyorrgersik
Автор

Terjebak, terpaksa tengok sampai habis. Pak Cik Mokhtar bukan meniaga roti sahaja, bahkan turut dijualnya nilai!

makkifathani
Автор

teringat dlu masuk tv3...masa hantar adij gi poli behrang...terus gi sini....mmg fresh roti

wan_vlog
Автор

Roti kelapa, mmg sedap lg2 dibskar dlm dapur arang..selamat maju jaya..says bangga ada orang melayu yg mampu mengekalkan usaha setanding dgn bangsa cina..

NorZakariah-wqls
visit shbcf.ru