filmov
tv
Nasi Goreng Kampung Pedas - Paling Mudah
Показать описание
* SUBSCRIBE:
Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Nasi Goreng Kampung tanpa sayur yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Resepi ini sangat mudah dan cepat disediakan khasnya untuk orang yang baru belajar memasak. Bahannya pun sedikit sahaja. Jom kita ke dapur!
Untuk 4 hidangan kita perlukan 800g nasi , lebih kurang 2 pot beras. Pastikan nasi sudah sejuk sebelum digoreng kerana nasi yang baru dimasak tidak sesuai untuk dibuat nasi goreng. Yang terbaik nasi yang dimasak semalam.
KIta juga perlukan 4 biji telur. 2 biji bawang merah. 13 biji cili padi dan 3 ulas bawang putih. Buangkan sedikit biji cili pada untuk kurangkan pedas dan potong bawang merah dan bawang putih seperti ini. Untuk nasi goreng kampung wajib juga ada ikan bilis, 50g.
Kesemua bahan-bahan ini, bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis perlu dikisar. Kalau nak tumbuk pun boleh juga. Tidak perlu kisar halus sangat, begini sudah mencukupi. Selepas dikisar, masukkan ke dalam bekas dan ketepikan dahulu.
Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan kisar tadi. Kecilkan sedikit api supaya bahan kisar tidak hangus. Ini adalah langkag yang penting, bahan tumisan perlu cukup masak tetapi tidak boleh terlalu garing. Tambah 1 sudu kecil garam. Garam akan menarik air keluar daripada bahan tumisan dan mempercepatkan proses masak. Sentiasa gaulkan bahan timisan supaya masak sekata. Setelah 3-4 minit, bahan tumisan akan kelihatan garing sedikit seperti ini.
Kumpulkan bahan tumisan ketepi kuali untuk kita goreng telur. Sekarang masukkan telur. Jangan kacau telur terlalu laju, perlahan-lahan sahaja. Kita mahu bentukkan jaluran putih dan kuning telur seperti ini. Telur akan mula kelihatan masak sepenuhnya.
Sekarang kita gaulkan dengan bahan tumisan tadi sehingga sebati. Masukkan nasi. Gaulkan nasi, telur dan bahan tumisan supaya rata. cerai-ceraikan nasi seperti ini. Kuatkan api dan tambah 1 sudu kecil garam lagi atau secukup rasa. Memasak nasi goreng, perlu gunakan api yang kuat di peringkat akhir masak. Jika suka boleh tambah sedikit serbuk perasa. Dan gaulkan.
Kalau mahu tambah sayur seperti kangkung atau kobis boleh tambah diperingkat ini, tapi anak-anak saya suka yang kosong begini sahaja. Kalau nak tambah rencah tambahan seperti ayam atau udang pun boleh juga ikut cita rasa masing-masing.
Nasi goreng kampung, siap untuk dihidangkan bersama taburan ikan bilis goreng, Selamat mencuba!
Комментарии