EKAMATRA - PUSARA DI LEBUHRAYA (LIVE)

preview_player
Показать описание
Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi

Terbayanglah kisah lalu
Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku
Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan pusara ini menjadi bukti

Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya

Kini engkau tiada lagi
Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi

Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya

Kini engkau tiada lagi
Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi
Ke arah tujuan cinta abadi
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Kalau la rahmat sendiri yg drive lagu ni masa juara lagu 1990... Aku yakin kedudukan nombor lagu ni pasti lbh baik....

NizamHamat
Автор

Suara mntain hbis rahmat...power x lari dr dulu....antara suara emas tiada gnti....👍👍😍😍

ronni
Автор

Penyanyi lama/legend semua sebutan n vocal clear + tone suara yg unik .. sedap dgr dari dulu smpai sekarang 👍

fazanazrein
Автор

Solo gitar pun sedap didgr...seperti ori

maanimustafa
Автор

Aku berharap abg rahmad masuk gegar vazanga 2021....

pawanarockers
Автор

Konsert Rock Aidilfitri tahun 2009, masa konsert ni ada jgk arwah Shamrin Fotograf, Ameng Spring, yg goreng solo berhantu ni Ritz Metalasia

weiweienova
Автор

Tempat yang paling kena dgn lagu ni, aku rasa kat Plaza Tol Yong Peng Utara.. sebab betul2 bersebelahan kat plaza Tol tu memang ada kawasan tanah perkuburan islam

syawalrul
Автор

Clean benar suaranya...terbaik rahmat Ekamatra 😊

osmantukimin
Автор

Betul ke ahli kumpulan Ekramata ini ada hubungan kekeluargaan dengan kumpulan De Fiction kumpulan Pop Yeah-yeah yang juga terkenal era 60-an...

rashidothman
Автор

Solo 2:49 meremang dengar…padu gler bro ritz👏🏻👏🏻 telan kaset👏🏻🎸 terbaikkk laa

wawarayqal
Автор

Bank rahmat suaranya khas bangat tiada duanya mantap👍👍👍cikarang jabar ind...

brianms
Автор

Padu bro Ritz goreng 🎸👍🏼👍🏼
#ritzmetalasia

Dina-yclp
Автор

Lagu rock dulu2 ni, walau banyak kontroversi..tapi bila diselidik balik, banyak unsur ketuhanan..kadang kita tak perasan.beza lagu zaman sekarang, kosong..
"Kearah tujuan cinta abadi"
meremang dengar lirik dia.cinta abadi, cinta pada Maha Pencipta.

zaldaud
Автор

Trbaik abg rahmat.. peminat lagu2 abg rahmat.. suara abg mmg trbaik.. susah nk cri..

saleesakura
Автор

selain vokalisnya.harusnya semua pemain musik di sorot kamera.jadi kamera nya tidak terfokus ke vokalis saja.ini saran.sekian dan terimakasih

munawadiahmad
Автор

Kenapa Rahmat susah utk dipujuk untuk comeback bersama dengan rakan2 Ekamatra yang masing masing masih bergiat aktif dalam industries Music tanahair..Ada cerita disebalik cerita lama mungkin Rahmat enggan kembali walaupun mereka mengundang Rahmat tapi beliau tetap tidak mahu bersama walaupun sekali..Seperti lagu Rajuk liriknya ada persamaan dengan penyanyi ini..wallahu alam..

irsbadam
Автор

Best betull...ada kat rakaman konsert nih..kat belakang..malas nk masuk area pagar yg ramai² tu..besttt lejen lejen beraksi..ada amir ukays, arwah shamrin, baggio, dan lain lain solo² maut dari ritz utk lagu² rock kapak..dh 10 tahun lbh..cepat sungguh masa berlalu...

zul
Автор

WHAT!!! Suara tak ubah Kot!!! Memang best dia nie...

marcustan
Автор

Ni rancangan ape ye yg rahmat nyanyi ni

azwaazwa
Автор

Kisah kemalangan d terowong karak..yg mengorbakan anggota Fru yg tengah buat latihan

mohdyusmanyusuf