Scan - Kau Dipaksa Aku Terpaksa [Lirik]

preview_player
Показать описание
Lagu Kau Dipaksa Aku Terpaksa Dinyanyikan Oleh Kumpulan Scan

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Ku tahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi walau kita saling sayang
Terpaksa ku undur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi walau kita saling sayang
Terpaksa ku undur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Lagu yg menusukan dihati dan sgt menghampakan.

tiarazinnirah
Автор

Salah sebuah lagu Yang memberikan Ku inspirasi dan semangat. Kisahnya sudah lama. Aku di Hina dan di fitnah. Buat aku sakit hati. Tapi Allah itu Maha adil. Allah sahaja sebaik-baik pembeli balasan.

samsamsuyoi
Автор

lagu sekarang tiada lirik mendayu mcm ni..zaman saya masih remaja..zaman rock kapak..dengar untuk nostalgia kenangan dulu..sayu rasa hati

jalilwagiman
Автор

lagi paling top dlm corong radio pada masa lalu...bohong kalau couple patah hati tak nyanyi lagu ni..masa

mrpps
Автор

Fuhhhh..kenangan lagu ni masa stay di asrama, tgh cuci pakaian guna tangan, tiba² keluar lagu ni yg tgh² hot spicy masa itu di corong² radio..siap menyanyi sambil hempas² tebar² pakaian mcm roti canai dah 😂😂 itulah feel lagu dulu² yg punya sentimental value tersendiri hingga menyanyi dgn full feeling 😅😁 Alhamdulillah 🤲🏻, terima kasih byk² kpd Azan dan Scan krna mewarnai zaman² remajaku 😎✌🏻

dinisegara
Автор

Dengo lagu ni tingat plok awek lame budak chanis keratong 6...main jiwa tol lah..kisah 20 tahun lepas punye alkisah

mohamedmadana
Автор

zaman sekarang lagu2 mcmni jadi sangat bermakna berbanding lagu2 baru zaman skrg yg banyak autotune & penuh dgn rap.

amirulshafry
Автор

Kena sgt .Dihina, dimaki,dicaci, diugut oleh kedua org tua dia sbb dgr cerita dari batu api. Si Dia kata nak pertahankan hubungan. Tp, dia sendiri menipu org tua dia hanya utk pertahankan diri sendiri. Bukannya demi aku, bukan demi hubungan . 3y yg sia2. Janji palsu. At the end, aku yg dikhianati. 2/10/2022 . 2 hari lg dh nk setahun. Tp hati aku masih berdarah . Semoga kifarah hit him & smua org2 yg fitnah aku.

hl
Автор

Tajuk: Kau Dipaksa Aku Terpaksa
Penyanyi: Scan (kumpulan muzik)
Tahun: 1996

zaqwanhamdan
Автор

Dulu masa aku sekolah, ramai lelaki yang suka dekat terima....satu satunya lelaki idaman yang aku suka ada gf up aku just tabah dengan ujian Allah yang datang dekat aku....lepas tu aku bercinta lagi dengan ex pakwe aku Yang dh jadi arwah sebab dia meninggalkan aku selamanya....aku kesal dengan apa aku

Lagu ni memberi aku sebuah makna yang aku kena lepaskan orang yang aku x cinta sebab memberi harapan palsu....tahun 2023, aku dh jumpa lelaki idaman aku and dh bahagia dengan si dia....aku bahagia dengan dia sebab kasih sayang pakwe aku x henti henti....sebab aku tahu dia baik and sopan dengan kalau suka....

Pada sape yang lukanya masih berdarah, Jagan lupa istighfar nama Allah selalu....
Amin...Sy doakan orang diluar sana kuatkan semangat.... Alhamdulillah

AylaKecyk-kbxi
Автор

Aq jadi gila kejap dengar lagu ni... Hilang akal kewarasanku.. Sesungguhnya apa yang ada di pandangan mata akan fana dan sirna.. Yg kekal hanyalah Kau jua ya Rabb 😢

Skywalker-fb
Автор

Kdg2 pengalaman mengajar kita semua erti semua rasa jatuh bangun sakit suka duka kecewa bahagia walaupon sekejap..kalo kita x pernah rasa itu mungkin kita x mampu hadapi nya..

nasiruddinramli
Автор

Lagu yg sgt menusuk. Hari hujan, duk sorang2 . Xterasa air mata mengalir😢

ZianaHamzah-hvuc
Автор

dulu aku dngr je aku tk fhm....tpi sekrg bila degr sambil bacw lirik baru aku fhm mendalm betul lirik

DomeDome-gr
Автор

Malam2 meronda dengar lagu ni mg menusuk kalbu ku...slowrock terpaling bagus susunan muzik dan lirik yg betul2 mendalam.

dinorazak
Автор

Selama ni aku dengar lagu ni hanya suka² tpi dalam masa yang sama aku dgr dan aku fahamkan lirik dia.. Rupanya terjadi dekat aku sendiri skrg 😌 Cuma sekadar luahan, aku dgn dia belum kahwin pun hanya sekadar bercinta dh 4 tahun tapi pada hari itu aku dihina di mata family dia sampai skrg terngiang² dekat telinga aku. Tak tahu la aku tak boleh terima apa family dia cakap terutama bapak dia 😊 Skrg ni ada or takda ke aku redha je 🤲🏻 sedangkan masih dalam percintaan pun di hina, belum lagi kalau dah bina rumah tangga, betul tak ? So just berdoa jelah kita hanya merancang, TUHAN yang menentukan 😊 Terlalu sakit hati aku 😌

riaaloiz
Автор

dulu mase umur 12 dah boleh terima lagu² mcm ni.. alhamdulillah skrg dah 30 dgr balik..erti dlm lirik mmng mendalam..🥺

asmaftayuni
Автор

Legu2 jiwang nostalgia lahir salah pada tahun kalau lahir tahun 2010 ke atas mesti semua kaya2 kumpulan rock2 jiwang nie

yunzhao
Автор

lagu yang sangat aku sukai dari masa kemasa, irama syair yang menyentuh sangat, tarikannya real, sukses SCAN

amrisaputra
Автор

best...malam tadi menghiburkan kami di lotus's muar..terbaikk

ShahinFirdaus
welcome to shbcf.ru