KULIAH MASSA CTU554, MINGGU 8 (KHAMIS) TAJUK 7

preview_player
Показать описание

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Soalan 1
Isu-isu yang menimbulkan pecah belah di kalangan rakyat Malaysia disebabkan oleh penggunaan ICT termasuklah isu perkauman, di mana perbezaan kaum menjadi ketara dalam ruang maya. Contohnya, ketidakseimbangan maklumat dan penyebaran kandungan sensitif boleh mencetuskan ketegangan antara kepelbagain kaum yang terdapat di negara Malaysia ini. Selain itu, isu keaslian makanan, budaya, dan adat juga muncul apabila warisan kebudayaan dipertaruhkan dalam dunia digital. Contohnya, penyebaran informasi palsu atau stereotaip mengenai suatu budaya boleh merosakkan persepsi masyarakat terhadap keunikan setiap etnik. Seterusnya, isu agama turut menjadi faktor yang mencetuskan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia melalui penggunaan ICT. Contohnya, penyebaran pandangan ekstrem atau kontroversi berkaitan agama menerusi platform digital boleh memperbesar jurang perbezaan antara penganut agama berbeza.

Soalan 2
Bidang ICT telah memberikan sumbangan yang besar dalam melestarikan masyarakat majmuk di Malaysia. Salah satu manfaatnya adalah merapatkan silaturrahim tanpa mengira had perbezaan tempat. Contohnya, platform media sosial membolehkan individu dari pelbagai kawasan berinteraksi secara langsung, membina jalinan persahabatan yang memperkukuhkan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang etnik. Selain itu, ICT juga memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat positif berkaitan sesuatu bangsa atau agama dengan cepat. Melalui laman web, blog, atau media sosial, masyarakat dapat berkongsi informasi yang mempromosikan pemahaman yang lebih baik antara etnik dan agama. Ini membantu mengatasi stereotaip serta membina kesedaran tentang kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia. Tuntasnya, sumbangan ICT ini memainkan peranan kunci dalam membentuk masyarakat yang lebih inklusif, saling memahami, dan melestarikan keharmonian dalam masyarakat majmuk Malaysia.

putrisyam