TKC Arts Festival 2024 - Astari

preview_player
Показать описание
Tunku Kurshiah International Arts Festival 2024 - 3Oct24.

ASTARI membawakan Tarian Etnik Kreatif berjudul "Dansa Perkasa" iaitu sebuah tari etnik kreatif yang diolah berdasarkan tarian Dansa daripada etnik Cocos di Tawau, Sabah. Dansa secara tradisinya ditarikan berpasangan antara lelaki dan perempuan, namun dalam Dansa Perkasa ini motif pergerakan hentakan kaki dan tepukan tangan diperkasakan dalam gaya kelelakian serta disulam dengan pergerakan yang mengikut ritma-ritma lagu iringan, bersesuaian dengan penari yang kesemuanya lelaki.

Dengan berkat dan izin-Nya, pasukan ASTARI berjaya membolot kesemua anugerah termasuk :-

🎖️ Busana dan Tatarias Terbaik

🎖️ Koreografi Terbaik

🎖️ Most Liked Video

🎖️ Penari Lelaki Terbaik
- Aisy Farhan bin Ahmad Farid | 3D | Jamil Rais @xisyfrhn

🏆 Juara Keseluruhan 2024

Guru Pembimbing
🌸 Cikgu Romashitah binti Abdul Rani
🌸 Cikgu Azie Nurul Akhtar binti Nabir
🌸 Cikgu Mohd Saufi bin Othman

Koreografer
🌸Cikgu Akmal bin Ayob @tandak

Jutaan terima kasih buat semua ibu bapa yang bertungkus lumus menjayakan tarian ini. Tidak dilupakan juga Cikgu Akmal bin Ayob selaku jurulatih yang tidak kenal lelah mengajar hingga ke akhirnya.

Semoga SAS terus melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemahiran tinggi bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum

🎊🏆 SAS GREAT TO EXCEPTIONAL 🏆🎊

Persembahan peringkat saringan👇
Рекомендации по теме