Buka Dulu.Tengok.

preview_player
Показать описание
Jangan raba dompet.Buka tengok dulu.
Sebelum masuk kedai makan.
Raba dulu belakang poket.
Ada dompet tak?
Bila sudah pasti ada.Baru duduk.
Panggil mamak.
Mamak!Rotitelor teh tarik satu.
Mamak:Wokey.

Sementara menunggu atas meja ada sesikat pisang.
Pulas sebiji kupas kulit separuh.Boleh makan.
Orang depan senyum kat kita.Kita balas senyum dia.
Mamakpun datang letak rotitelor dan teh tarik.
Jemput orang depan tadi makan.
Orang depan tu kata "sila!sila".
Kita pun makan siap cecah kari.
Selesai makan lambai kat mamak.
Abang Misai:Mamak!Kira...
Mamak pun kira.
Abang Misai keluarkan dompet.
Tengok2 dalam dompet kosong.
Yang ada kad pengenalan dan resit2 bank lama.
Buka zip tempat syiling pun duit ada sen sen 30 sen ajer.
Orang ramai nie.
Abang Misai pun suruh mamak pergi
Abang Misai:Aney pergi dulu.Nanti saya mari kaunter.
Abang Misai senyum kat orang depan tadi.
Orang itu balas dengan senyuman juga.
Abang Misai terus bangun menghala kekaunter.
Depan mamak tu Abang Misai berbisik dengan mamak.
Abang Misai:Sori mamak.Saya tertinggal wang kat rumah.
Mamak:Apa..saya tarak dengar laa.
Terpaksa Abang Misai bisik lagi sekali.
Sememang baru Abang Misai ingat ada keluarkan semua duit dari dompet.Lepas kira berapa ada Abang Misai letak atas meja.Tindeh bawah alas meja.
Alahai...lepas itu lupa.
Mamak pandang muka Abang Misai.
Baru Abang Misai perasan misai dia lebih tebal dari misai Abang Misai.
Abang Misai terpaksa buat muka sadin.
Hee...
Abang Misai:Esok saya datang bayar.Boleh?

Mamak:Emmm.....Boleh!
Adui...lega dapat mamak yang sporting macam ini.
Lepas itu Abang Misai cepat2 keluar.Tak pandang kirikanan lagi.
Nanti cakap lama2 Mamak ingat Abang Misai ini muka penipu.

P/s:Esok tu Abang Misai datang bayar tau.
Рекомендации по теме