MATEEN • Asma' Abu Bakar (Official Music Video)

preview_player
Показать описание

#MateenYaaqub #AsmaAbuBakar #Mateen

Keras dan pejal bebatuan di Jabal Thur
Begitulah jua cekalnya hatimu
Kau bukanlah mujahidah yang menghunus senjata
Namun jasamu besar di lembaran hijrah

Duhai Zatun Nitaqain
Wanita yang memiliki
Dua selendang pinggang
Gelaran penghormatan
Dari Rasulullah kerana khidmatmu

Selendang itu dikoyak jadi dua
Demi mengikat bekalan
Minuman baginda
Dan lagi satu kau ikat pada sufrahnya
Walaupun sarat mengandung
Kau korbankan jiwa raga

Kau puteri bestari
Telah terpateri
Pengorbananmu

Duhai Zatun Nitaqain
Wanita yang memiliki
Dua selendang pinggang
Gelaran penghormatan
Dari Rasulullah kerana khidmatmu

Selendang itu dikoyak jadi dua
Demi mengikat bekalan
Minuman baginda
Dan lagi satu kau ikat pada sufrahnya
Walaupun sarat mengandung
Kau korbankan jiwa raga

Asma’ Abu Bakar
Kecerdasanmu amat tinggi
Mengatur rancangan penuh teliti
Menghantar bekalan seraya mengkhabarkan Nabi
Rencana musyrikin dipacu tirani

Asma’ Abu Bakar
Bijak meramal kemungkinan
Menuju Gua Thur tempat sembunyian
Menyamar bagai gembala
Agar jejakmu kan terhapus
Dari diekori musuh yang rakus

Dikaulah puteri bestari
Pengorbananmu telah terpateri
Jadi tamsilan buat diri ini

Artis: Mateen
Senilagu: Frizdan Fizarahman
Senikata: ITO Lara
Susunan Muzik: Wan Saleh
Gitar: Emi
Suara Latar: Mateen & Frizdan Fizarahman
Studio: Inteam Studio & Rekaman Studio
Jurutera: Kirmizi & Wan Saleh
Mixing & Mastering: Wan Saleh

Pelakon:
Nuraisyah Anisa
Muhammad Nadjemi Syabil
Anuar Haji Abdul Hamid
Elias Ismail
Charm Habeb

Producer: Inteam Digital
Project Manager: Syafwan Abdul Rahman
Director: Rasyid Amir
Assistant Director: HN Dzulkifly
Drone: Rasyid Amir
Editor: Rasyid Amir
Graphic Designer: Frizdan
Crew: Mab, Awis Alqarni, Harith & Syafiq Syafwan
MUA: Fauziey Rahman
Wardrobe: Arfieda, Bunga & Ct Rohani

Follow Mateen on

More about Inteam Digital

© 2024 | INTEAM RECORDS | All Rights Reserved
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Asma’ r.a merupakan salah seorang anak perempuan Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a dan ibu kepada Abdullah bin al-Zubair bin al-‘Awwam. Umur Asma’ adalah 10 tahun lebih tua daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a. Beliau memeluk Islam di Makkah ketika berusia 17 tahun. Kemudian beliau berkahwin dengan al-Zubair bin al-‘Awwam. Beliau juga berhijrah ke Madinah dalam keadaan mengandungkan anaknya, Abdullah dan melahirkannya di Quba’. Beliau hidup sehingga anaknya menjadi khalifah dan dibunuh, kemudian beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu. Beliau diberi gelaran Zatun-Nitaqain bila mana beliau mengoyakkan lilitan pinggangnya, lalu diikat pada hidangan (bekalan) Nabi SAW dan Abu Bakar al-Siddiq ketika mereka keluar ke Gua Thur untuk berhijrah ke Madinah.

Terdapat riwayat daripada Asma’ r.a sendiri, katanya: “Aku menyediakan bekalan perjalanan untuk Nabi SAW dan Abu Bakar r.a ketika mereka berdua hendak (hijrah) ke Madinah. Aku berkata kepada bapaku: ‘Aku tidak mendapati sesuatu untuk mengikat (bekalan) selain daripada pengikat pinggangku.’ Abu Bakar berkata: ‘Koyakkanlah ia (tali tersebut).’ Aku pun melakukannya (seperti yang disuruh), maka (disebabkan itu) aku dinamakan Zatun-Nitaqain (pemilik dua pengikat pinggang).” Ibn Abbas berkata: “(Gelaran) Asma’ ialah Zat al-Nitaq.” [Hadis riwayat Bukhari]

InteamDigital
Автор

🫶🏽😭 Terima Kasih banyak kepada semuaa, moga lagu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua yaa, keep sharing ❤

mateenyaacob
Автор

Punya jenuh cari lagu ni, dengar kat zayan fm tapi cari kat yt susah betui nak jumpa

HavocBanger
Автор

Alhamdulillah. Ini lirik pertama selepas 'Haji 2023'. Selepas ini akan menyusul lirik ke dua 'Zam-Zam' Oleh: 🤔. Dah siap pun lagunya dan akan dilancarkan selepas Eid' Fitri nanti In sha Allah.

ITOLara
Автор

Pencipta lagu Frizdan Fizarahman seperti Pemergianmu, Harum Setangkai Doa dan Juga Ritma Perjuangan... All the best mateen.. artis rakaman Inteam...❤

noradzmanbala
Автор

Menghayati lagu ini sambil mengenang kisah dan sirah Rasulullah yang penuh dugaan. Tak terasa air mata menitis. Asma Abu Bakar antara wanita berjasa dan memberi sumbangan besar dalam perjuangan Rasulullah. Apakah pula sumbangan kita terhadap Rasulullah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

elbeesan
Автор

Belajar lah Sirah. Jgn sekali dlm hidup kita, tak membaca tak ambil tentang Sirah Baginda dan para sahabat

MSMohammad
Автор

Antara nama² yg terukir menjadi saksi perjalanan kerasulan Nabi s.a.w

ridzuan
Автор

Alhamdulillah syukur.
Tahniah Buat Mateen Juga tahniah buat Komposer Haji Frizdan - Penulis Lirik Haji Radzi (Abito) dan Jua buat seluruh team Inteam records.
Terima kasih Buat Inteam marketing yg menaja minuman ikoko & icaffee sepanjang pengambaran MV ini.. tak lupa Buat pihak Seniman dan semua pelakon - pelakon MV Asma' Abu Bakar

syafwanabdulrahman
Автор

bagus banget. banyakin lagu kayak gini dong. sambil belajar sejarah

debipranata
Автор

Sedapnya lagu ni.. Suara Mateen, melodi, lirik sangat menyentuh hati. Penuh penghayatan. Pelapis terbaik INTEAM. ❤

haziqohhasnon
Автор

Tiberr jd sayu😢.. Bila part nak bg bekalan kpd Rasulullah tu..

hafizahmad
Автор

Musik sgt gah.vokal mantap.lagu&lirik terbaik.cukup rencah

pokgakchannel
Автор

Saya dari masa depan, lagu ini juara semua kategori Nasyid 2024.

roksva
Автор

Allahu.. Menitis air mata dengan pengorbanan asma Abu Bakar

ahmadnadzrulbinkhairuddin
Автор

Keren. Videonya juga keren. Teruskan usaha membuat lagu2 sarat makna. Indonesia selalu support

fathimahumayrahmanu
Автор

Simenatografi mantap!! Semua shot boleh buat wallpaper.

TambakStudio
Автор

MasyaAllah suka dgr lagu ni sbb nama sendiri sama asma’ binti abu bakar❤

asmaabubakar
Автор

Tahniah team produksi Asma' Abu Bakr..lagu best, lirik sampaii, video on point..and tahniah Mateen!!!..way to go brother!!

fuadsko
Автор

Terbaik n Tahniah Mateen n Team Inteam Digital 👏🏽👏🏽👏🏽

Merinding lagunya, nice composition, ada vibe Tangis Sebatang Tamar. Harap boleh teruskan usaha keluarkan lagu nasyid moden mcam ni! Rakyat Malaysia amat memerlukan lagu camni.

kasyahalid
join shbcf.ru