PM Tak Terduga, Kluster Putrajaya vs PWTC, Khianat atau Selamatkan Parti?, Legasi & Pencapaian

preview_player
Показать описание
Episod 120 Keluar Sekejap bersama tetamu jemputan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9 menyentuh topik-topik menarik antaranya pengalaman serta pencapaian beliau sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri dalam tempoh genting ketika negara berhadapan krisis kesihatan, ekonomi dan politik.

Dato' Sri Ismail Sabri yang hanya merupakan Naib Presiden UMNO ketika menjawat jawatan Perdana Menteri turut berkongsikan cabaran yang dihadapi beliau termasuklah penentangan daripada kepimpinan parti UMNO sendiri.

Jom sertai Larian Keluarga Malaysia pada 29 September ini di Persiaran Flora, Cyberjaya. Program itu terbahagi kepada tiga larian iaitu ‘fun run 5km’ (RM39), ‘race 10km’ (RM59) dan ‘half marathon 21km’ (RM79) yang dipecahkan kepada kategori lelaki, wanita, lelaki veteran serta wanita veteran.

Selain hadiah antara RM200 hingga RM800 bagi larian 10km dan 21km, penganjur turut menyediakan cabutan bertuah yang hadiah utamanya sebuah kereta sumbangan Perodua.

EP.120 Timestamps:
0:00 Intro
5:13 Larian Keluarga Malaysia 2024
7:05 Selamat Datang PM9
9:16 Latar Belakang Kehidupan
16:43 Pelajar Jurusan Undang-Undang
19:49 Kerjaya & Penglibatan Awal Politik
23:09 PRU-11: “Calon Pak Lah”
31:05 Pesanan Pak Lah
32:21 Pengalaman Terajui Kementerian
34:53 BN Kalah PRU-14
39:12 Kerajaan PH1.0 Tumbang
42:17 Kenapa Muhyiddin Tak Lantik Zahid TPM?
45:15 ‘Kluster Putrajaya’ & ‘Kluster PWTC’?
51:31 Pelantikan Sebagai TPM
55:23 Bagaimana Dapat Sokongan Jadi PM?
1:00:41 Larian Keluarga Malaysia 2024
1:03:20 Pencapaian PM9
1:18:50 Naratif ‘Pengkhianat’ Parti
1:32:16 Keputusan Kes SRC Bossku
1:43:37 Pengampunan Bossku
1:47:17 Harapan Untuk UMNO
1:52:22 Masa Depan Ismail Sabri Yaakob
1:56:44 Yayasan Keluarga Malaysia
2:01:49 Terima Kasih PM9
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

"lebih baik org ingat saya sbg org baik daripada ingat saya sebagai org jahat" Dato Ismail Sabri

msrsaparilla
Автор

Respect Ismail Sabri, PM terpaling chill masa tu. 😂

tengkualiff
Автор

Bagusnya Dato Seri Ismail ni dia langsung takde nak burukkan sape2 atau perli, mock dan sebagainya. Cakap pun lembut. Betul la dia Perdana Menteri terbaik yang kita ada pasca pru2018

alihebat
Автор

Konklusinya tutup buku lama, buka buku baru. Tinggalkan segala "romantisme masa lalu" & gerak progresif menuju masa depan Negara yg baru🔥. Njay steady ayat aku😂

sektozclimax
Автор

DSIS Adalah Antara Perdana Menteri Yg Terbaik Memimpin Negara Walaupun Tempohnya Singkat Dgn Slogan Keluarga Malaysia. Semoga DSIS Berada Dalam Rahmat Dan Lindungan Allah SWT.

RizzAldrich-nkgb
Автор

Anda akan dirindui dan diingati PM Malaysia ke 9 Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob

afifessien
Автор

IS will be remembered as the PM who removed all the restrictions imposed by TSMY, a chill PM, tk kecoh mcm yang lain.

vjaybts
Автор

Pak Lah satu-satunya Perdana Menteri yg tidak boleh dikutuk.. sangat bagus

Thered
Автор

Butiran sejarah yg wajib dibukukan untuk tatapan generasi akan datang .

zazaliahmad
Автор

Orang UMNO sekarang kena betul dengar and hadam episod kali ni dan nilai sendiri. Jangan salahkan sesiapa atas kegagalan parti kamu, kerana kegagalan itu datang dari dalam parti kamu dan sebahagian pemimpin yang kamu sendiri sanjung.

syazwihadzim
Автор

Terima kasih paklong sbb benarkan kami keluarkan kwsp one off..dapat saya tutup loan loan yg saya buat dulu..sekarang kerja pun tenang je sbb kepala tak pening nak mikir hutang loan..walaupun sekejap memerintah negara tapi effect nya berpanjangan🫡..semoga allah panjangkan usia paklong..amin

muhammadakram
Автор

ahli parlimen UMNO pertama yg masuk dalam

wanbadrulwanahmad
Автор

Dato Seri loyal/setia orangnya, terlalu 'jujur' dan baik sangat sebagai PM, dia bukan lalang dan tak pandai bermuka-muka macam Pak Zahid, dia ada flow sendiri, too bad rakyat Malaysia tak dapat tengok his true performance as PM sebab sekejap sangat. Basically dia dijatuhkan sendiri oleh ahli parti yang dia sanjungi.

GirlAJ-fflv
Автор

Pak Lah is the one PM that i admire the most because of his benevolence in leadership. This is the time when we need a leader like him the most. There has been so much hatred in our politics... Carry the baton for him, Mr KJ, extend his legacy for us. I believe he shares the same belief on you as we all do.

SooToh
Автор

Sebelum ni saya ada senarai ahli2 politik yang saya kurang gemar dan DS Ismail Sabri tiada dalam senarai.. Dan bila dengar perkongsian ini, saya xkan masukkan DS dalam senarai tersebut malah hormat saya pada DS semakin melangit.. Semoga Allah Berkati umur DS Ismail Sabri.. Allahumma Ameen 🤲🏻

zalizaman
Автор

5th like.. 😊
DSIS agak reserved orangnya dan maintain humble.

abdulrazaksalleh
Автор

TA Rahman - Bapa Kemerdekaan
TA Razak - Bapa Pembangunan
TH Onn - Bapa Perpaduan
Tun M - Bapa Pemodenan
DS Ismail Sabri - Bapa Dafi

aafif
Автор

With more time, Ismail Sabri could have truly emerged as a remarkable Prime Minister.

IlmuMasaHadapan
Автор

2018 tu segala apa fitnah dan janji PH orang percaya

Sekarang baru orang tak percaya penuh medsos

hasnanhashim
Автор

Ismail Sabri dapat menjadi PM kerana Zahid tidak mahu Muhyiddin menjadi PM lagi dan Muhyiddin pula hanya mahu menyokong pemimpin UMNO yg tiada kes mahkamah shj untuk menjadi PM.

Timbalan Presiden UMNO ketika itu bukan ahli parlimen, maka naib presiden yg pertama terpaksa diangkat menjadi Perdana Menteri.

Sebagai Naib Presiden, Ismail Sabri tiada pengaruh untuk menentukan arah tuju UMNO, apatah lagi apabila dia dilihat sebagai pro-PN. Akhirnya dia terpaksa tunduk dgn kehendak UMNO PWTC utk membubarkan Parlimen awal.

Silapnya Muhyiddin tidak melantik Zahid sebagai Timbalan Perdana menteri spt mana yg Anwar lakukan kini.

Ismail Sabri mahupun Zahid tidak akan mampu menjadikan UMNO kembali dominan dalam kerajaan.

safrie