Campak Bintang - Faizal Tahir & M. Nasir (Official Video)

preview_player
Показать описание

Download RBT now!
Maxis Caller Ringtones: Dial *131*778060# and press CALL/SEND
Celcom Call Me Tones: Dial *888* 844826# and press CALL/SEND
DiGi Caller Tunes: Dial *233*1537613# and press CALL/SEND

#CampakBintang #FaizalTahir #MNasir

__________________________________________________________________________________________________

Composer & Lyricist :
⁠Faizal Tahir (Faithful Publishing)
Romeo (Faithful Publishing)
Glowrush (Faithful Publishing)
Karim Karam (Faithful Publishing)

Producer: LET ZAPIN

Musicians:
Guitar/Drum: Faizal Tahir
Keys/Accordion: Rushdan Ashri
Bass: Karim Karam
⁠Darbuka/Kompang: Abdul Karim_AKZ
Rebana: Achik Wahid

Mix: Felix Voon
Master: Dimas Pradipta @ Sum it! Studio Jakarta, Indonesia

__________________________________________________________________________________________________

LYRICS:

KU CAMPAK BINTANG LUAR ANGKASA
JATUH BULAN ANGAN DI RIBA

SEMALAM KU BERMIMPI KAN DIA
BAGAI PURNAMA TERANGI GELAP GELITA
SELUAS ANGKASA HATI TERBUKA
MENGHARAPKAN KASIH TUAN YANG PUNYA

MENGIDAM KASIH SANG BIDADARI
BERTEMANKAN DI SYURGA

KU CAMPAK BINTANG LUAR ANGKASA
JATUH BULAN ANGAN DI RIBA
KERANA DIA PALING KU CINTA
TIADA LEBIH KU PUJA

KU CAMPAK BINTANG LUAR ANGKASA
JATUH BULAN ANGAN DI RIBA
KERANA CAHAYA ATAS CAHAYA
KU SANGGUP LEPASKAN
BINTANG YANG PERNAH KU IDAMKAN

DIA PERGI TINGGALKAN CAHAYA
MENERANGI SEGALA PELUSUK GELITA
MENGHIDUPKAN JIWA SANG PENGEMBARA
DAHAGAKAN KASIH TUAN YANG PUNYA

MENGIDAM KASIH SANG BIDADARI
BERTEMANKAN DI SYURGA

KU CAMPAK BINTANG LUAR ANGKASA
JATUH BULAN ANGAN DI RIBA
KERANA DIA PALING KU CINTA
TIADA LEBIH KU PUJA

KU CAMPAK BINTANG LUAR ANGKASA
JATUH BULAN ANGAN DI RIBA
KERANA CAHAYA ATAS CAHAYA
KU SANGGUP LEPASKAN
BINTANG YANG PERNAH KU IDAMKAN

JAUH DIRI, MERINDUI
MENYINAR KASIH BAK SANG MENTARI
TAK MEMILIH KASIH TAK BERBAGI
DEGUPAN JANTUNG ENGKAULAH NADI

KU CAMPAK BINTANG LUAR ANGKASA
JATUH BULAN ANGAN DI RIBA
KERANA DIA PALING KU CINTA
TIADA LEBIH KU PUJA

KU CAMPAK BINTANG LUAR ANGKASA
JATUH BULAN ANGAN DI RIBA
KERANA CAHAYA ATAS CAHAYA
KU SANGGUP LEPASKAN
BINTANG YANG PERNAH KU IDAMKAN

__________________________________________________________________________________________________

Luncai Emas:

Executive Producer: Keon Omar
Supervising Producer: Jennifah Johari
New Media Executive: Nabila Zaini

Faithful Music:

Executive Producer: Mike Chan
Supervising Producer: Karim Radzali
Creative Direction: Zatt Ishak
Creative Content: Azhar Ismail, Hanaan Mahmud
Behind The Scenes: Wan Adam Kelly & Irfan Idraki
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Apa yang korang bayangkan semasa dengar lagu ni? Teringin saya nak tahu 🤔

faizaltahirofficial
Автор

Ku campak bintang luar angkasa
(Aku lepaskan kenikmatan dunia jauh2)

Jatuh bulan angan di riba
(Aku jumpa kasih terhadap Rasulullah SAW, Rasullullah sering digambarkan seperti rembulan, cahaya yang terang namun lembut)

Semalam ku bermimpikan dia
(Sentiasa impikan untuk bertemu Rasulullah, walau sekadar dalam mimpi)

Bagai purnama terangi gelap gelita
(Kasih Rasulullah terhadap umatnya seperti purnama yang terangi gelap)

Seluas angkasa hati terbuka
(Mula menerima hidayah, inginkan kebaikan dalam diri)

Mengharapkan kasih tuan yang punya
(Mengharapkan kasih baginda dan redha Allah)

Mengidam kasih sang bidadari, bertemankan di syurga
(Matlamat akhir dalam dunia untuk ke syurga Allah)

Kerana dia paling ku cinta, tiada lebih ku puja
(Kerana Allah dan Rasul-Nya patut menjadi cinta teragung setiap insan, dan tiada yang lain dapat menandingi cinta terhadap Pencipta dan kekasih-Nya)

Kerana cahaya atas cahaya
(Apabila cahaya al-quran dan cahaya iman bersatu)- panjang perbahasan cahaya atas cahaya ni, boleh rujuk tafsir nanti. Ini hanya pemahaman sendiri

Ku sanggup lepaskan bintang yang pernah ku idamkan
(Aku sanggup lepaskan kenikmatan dunia yang sementara, kerana aku faham dunia ni hanyalah sekadar ujian buatku)

Dia pergi tinggalkan cahaya, menerangi segala pelusuk gelita
(Baginda Rasulullah meninggalkan panduan, ajaran, teladan untuk kita contohi, dan agar kita selamat dari kesesatan, yang boleh mejerumuskan kita ke dalam neraka Allah)

Menghidupkan jiwa sang pengembara, dahagakan kasih tuan yang punya
(Bila kita mendekati dan belajar tentang al-quran, iman, tentang Rasulullah, kita akan sedar kita ni umpama pengembara (banyak lagi yang kita tak tahu). Pembelajaran ni menghidupkan hati kita yang selama ni lalai. Kita mula dahagakan nikmat keterujaan belajar al quran, nikmat tenang, yang Allah bagi atas usaha kita untuk meraih kasih dan redha Allah)

Jauh diri merindui, menyinar kasih bak sang mentari
(Makin kita belajar, makin kita faham kasih Rasulullah terhadap umat baginda, makin lama kita akan makin rindu. Kasih Rasulullah yang langsung tak berbelah bahagi untuk umat baginda.)

Tak memilih kasih tak berbagi, degupan jantung engkaulah nadi
(Rasulullah walaupun tak pernah berjumpa dengan umat baginda selepas baginda wafat, tetaplah baginda menangis, berdoa, memohon ampun untuk kita. Baris seterusnya menunjukkan bertapa besarnya peranan baginda dalam membina Islam. Agama Islam tak lengkap tanpa kehadiran baginda yang kita kenali hadir untuk menyempurnakan akhlak. Akhlak terbaik yang kita patut contohi akhlak baginda. Al-quran dan sunnah baginda umpama jantung dan nadi, hilang salah satu hilanglah fungsi hidup itu sendiri)

Itulah serba sedikit pemahaman saya terhadap lagu ni, cantik senikatanya. Tolonglah viralkan lagu ni, moga masuk AJL. THIS IS REAL MASTERPIECE

asiyahnordin
Автор

Hanya jauhari mengenal manikam...Kau dtg Dari Aku, Wajib Balik Kepada Aku

RizanRazali
Автор

Dah lama industri muzik Malaysia ketandusan lagu yang bahasanya "Mahal".

Tahniah FT & DMN

zaakhalil
Автор

lirik "cahaya atas cahaya" dipetik daripada Surah An-Nur ayat 35. Ia bermaksud bahwa sinar terang cahaya-Nya sangat berlipat ganda, lebih terang dan semakin terang yang mana indra manusia tidak akan mampu menggambarkannya secara sempurna (Sumber : Buku Tafsir Al-Quranul Majdi An-Nur karya Teungku Muhammad dan Hasbi Ash-Shiddieqy)

azlanabas
Автор

Tlg lah masuk ajl n hopefully dpt no 1. Bosan dah dgr lagu2 cinta n menjerit2 kat pentas 🤧

mynnhazman
Автор

Ini bukan sekadar lagu biasa, tapi kalimat puisi penuh makna yang diucap bersulam melodi indah. Syabas FT dan Sifu M. Nasir!

lokmanalharraz
Автор

Mengalir airmata lelaki mendengar bait-bait lirik Campak Bintang.

Tak pernah berjumpa, Tapi aku kenal.
Tak pernah bertegur sapa, Tapi aku rindu.
Tak pernah bertentang mata, Tapi aku cinta.
Ingin bersama tetapi diriku penuh Dosa.

supersupramytv
Автор

Dambakan berjumpa Rasulullah S.A.W, bermimpi tentang rasul yg menerangi seluruh alam.Mencintai Rasulullah yg sudah wafat, meninggalkan segala2nya kerana cinta kepada Rasulullah . kita yg selalu merindui Rasulullah. (Everything we love we left behind because we love Rasulullah S.A.W. much more than everything.)

rastalZx
Автор

Aku suka muzik faizal tahir tapi sejak akhir2 beberapa tahun ni aku tak berapa boleh terima dgn lirik2 lagu faizal...mungkin sebab aku dah tua....dan setiap kali aku dengar lagu FT selalu aku berfikir kenapalah FT xnak keluarkan lirik2 seperti lagu2 m nasir....aku faham dgn pasaran komersial utk generasi sekarang tapi bagi aku lirik yg puitis juga boleh menarik generasi sekarang kalau kena dgn melodi yg bagus dan sesuai... walau dgn muzik moden FT pasti akan lebih terkesan kalau dpt hasilkan lirik2 yg lebih matang dan berkualiti...nahh sekarang memang aku terkejut dgn lagu ini....gabungan muzik dan melodi faizal tahir dan m nasir....terserlah faizal memasukkan pengaruh muzik dan melodi m nasir bergabung dengan muzik faizal tahir....dgn lirik2 yg indah ala m nasir seperti yg aku impikan....sangat-sangat sedapp...seolah2 dihasilkan utk memenuhi permintaan aku....tahniah dan terima kasih untuk Faizal Tahir

cepoi
Автор

Lagu kisah tentang seorang hamba yang melepaskan keinginan dirinya demi mengejar cinta yang agung.. maka dicampaknya bintang yang dulunya diidamkan, dan dibalas dengan kasihnya bulan.. semoga kita dpt melepaskan keinginan nafsu kita demi mengejar cinta hakiki.. What a Masterpiece by Faizal Tahir and M.Nasir..

qayyumnazaruddin
Автор

My two favourite singers in Malaysia. Walaupun saya gen z, saya sempat discover music m nasir melalui ayah saya. Ayah saya bawa saya menelusuri muzik2 dari m nasir. Bukan tu je, zaman 90s pun banyak lagu favourite saya adalah hasil ciptaan m nasir. Beruntung kita berada di zaman m nasir. The living legend yang kita patut angkat dan pelihara karya seni beliau setaraf dengan pink floyd, the beatles.

Faizal tahir pula memang saya suka. Versatile, creative yet tak terlalu lebih-lebih. Hebatnya Faizal Tahir ni sampai lagu beliau akan dinyanyikan oleh peserta-peserta kem jatidiri dan kepimpinan di seluruh negara. Gemuruh.

Btw, lagu ni memang saya suka💯

uwaisshaari
Автор

deep lagu ni. rindu yang mendalam terhadap baginda Rasulullah SAW.

mohammadrazlan
Автор

Suara Dato M Nasir Sangat Bold,

Suara Faizal Tahir pula macam berkelip-kelip, kita sentiasa nantikan lagi dan lagi.

Seperti Kunang-kunang bermain di unggun api di malam hari yang sejuk

Masya-Allah

ilyasyafiq
Автор

Mula-mula dengar musik tangkap telinga dan bait lirik agak menarik.

Sampai part cahaya atas cahaya baru sedar ni lagu bukan cintan cintun biasa. Ni lagu cinta nabi ni. Dh selevel dengan folder qasidah aku dh ni.

Kali kedua dengar balik, sebak pulak dengar. Allahumma solli 'ala Muhammad ❤

mhhchannel
Автор

Best. Penyanyi Legend + Element musik arabic bercampur musik moden + Lirik puitis = Karya Masterpiece

faizsamat
Автор

Ambe nampak lagu ni cerita pasal "zuhud".. Cinta Allah & Rasullullah S.A.W. Complete Rububiyyah, Uluhiyyah & Ubudiyyah. Sanggup lepaskan dunia demi mengejar "Cinta" sejati. ALLAH & RASUL CINTA SEJATI🤲🤲🤲

shevagiggsy
Автор

Mendalam lagu ini.. diinspirasikan dari Surah an-Nur Ayat 35..mantap dan terbaik Faizal Tahir dan Dato' M. Nasir...

Fdaus
Автор

Semalam ku bermimpi kan dia - Rasulullah.

Ku campak bintang luar angkasa - buang idol, dunia, syahwat dari hati, fikiran, sanubari.
Jatuh bulan angan di riba - Dapat cinta sejati yang dirindukan bak bulan purnama

Mengidam kasih sang bidadari meneman di syurga - isteri solehah yang bersama mencintai Nabi

Kerana dia (Rasulullah) paling ku cinta

Kerana cahaya (Rasulullah) atas cahaya yang lain ada di dunia

Sekadar idea untuk memahami..

mohdfauzan
Автор

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (Rasulullah), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."  (Surah Ali 'Imran, ayat 31)

azroyjais