Salammusik - PUSAKA - (Official Music Video)

preview_player
Показать описание
PASAKA - Sebuah lagu tema yang dihasilkan untuk sebuah dokumentari bertajuk ‘Pusaka kita maruah kita’. Lagu ini diinspirasikan oleh seni mempertahankan diri iaitu silat. Semoga warisan tradisi ini akan terus kekal menjadi kebanggaan bangsa kita.

SALAMMUSIK - PUSAKA

Song Credits

Composed by: Payung
Lyrics by: Payung, Jay Tan & Salam

Vocals: Yaya Naqia
Vocals: Salam
Programming & Additional Vocals: Payung
Recorded by: Payung & DubmalaS
Mixed & Mastered by: DubmalaS

Video Credits

Director : Areel Abu Bakar
Camera: RED MOONS Studios (Amsterdam)
Outfit by: Blazinbell, Centre Stage Vision Dynamic

Links

Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

kali ni bukan lagi cerita kedai kopi, adat istiadat melayu yang mahsyur kini sedang bersidang💥

kidfromborneo
Автор

Aku dahagakan lagu sperti ini, meniupkan roh kebangkitan semangat jati diri nusantara!

Akhi
Автор

Lagu ni tak naik mainstream sebab hanya yang terpilih yang akan mendengar, untuk adat kita dan bangsa. Salam

mirzak-
Автор

Dari temasik menuju ke melaka,

Berhenti beradu di gunung ledang,

Melayu mulia bukan kerana
bahasa,

Kerana Agama melayu kekal didunia ..

WeiTopek
Автор

sesungguhnya bangsa melayu itu tinggi nilai adabnya, kerana melayu itu mengetahui kekuasaan serta kemuliaan allah, , namun jika melayu itu memvelakangi kemuliaan tuhannya maka jadilah ia seperti debu yg diterbangkan angin 😅, , salam dari hamba, putera balQis,

akuPuteraBalQis
Автор

Maksud Tersirat...Takkan Hilang Melayu di Dunia...Staydie Bro...Persembahan Yg Menarik ...

rafiealif
Автор

Ini Masterpiece, Malaysia perlukan masterpiece mcm ni sebenarnya... Ini baru permata berlian punya hasil

jembalangputih
Автор

Sekalung tahniah salammusik menaikkan martabat melayu dan nusantara

lokmanhakim
Автор

"Yang indah hanya bahasa, yang baik hanya budi ..."

fakhrulradziazmi
Автор

Lepas tengok dan dengar mv lagu ni rasa terkilan tak belajar silat sedangkan diri ni orang melayu

muhammadazri
Автор

Lagu ni Membangkitkan Jati Diri Melayu

mohdhafizhusin
Автор

Datang dari cerita pusaka kita, maruah kita di tv alhijrah. Pelbagai silat warisan yang ditunjukkan yang ada di malaysia. Silat tidak pernah pupus di tanah air cuma anak muda kita kurang berminat dalam mempelajari silat yang menjadi warisan kita.

mohamadhafizuddin
Автор

Dengar serunai meremang roma..Terima kasih martabat irama kita nusantara.

Adanaberkat
Автор

Indah bahasanya. Salut untuk Salam! Alangkah bagusnya jika semua artis tempatan kini kembali ke jalan penulisan lirik yang seperti ini dimana bila mendengar tidak terlalu jujur tapi makna yang tersirat

nash
Автор

perbanyakan lagu2 camni... jangan dikisah dengan views yg kurang @ kalah ajl mungkin mereka tiada kesedaran lagi... sekurang2nya menjadi pusaka pada generasi akan datang... #SALUTESALAMMUSIK

miy
Автор

Lagu ni ada 1 energy yg sangat kuat gais .. kita hidup bersaudara alhamdulilah bersatu kita

juniorkedah
Автор

Mengimbau betul masa mula belajar silat harimau berantai dulu

syafiksyafik
Автор

Man! I love your music, your lyrics, your aesthetic! Kudos to your team!

HSP
Автор

PERFEKSI! 💯 — Semoga warisan kita kekal abadi.

edelz
Автор

sirih dijunjung, sirih pinang keris disarung bertanjak songsang adat dijunjung, pusaka dikenang yang benar telah datang yanng batil telah lenyap yang indah hanya bahasa yang baik hanya budi pusaka kita maruah kita hey siap siaga telah tiba waktunya dihunus kemas biar pada paksinya berpantang maut bila tiba ajalnya susun diatur orak terus langkahnya andai dicari teman yang lama usah diikut jiwa yang membara kita beradab teras berukun lima tiada terbuai dunia yang lara disisip rapi sempurna disarung luk ditempa jiwanya beralun datang berajat ingin berkunjung dijamu tajam simata beralun berbudi sudah disambut bahasa memberi sudah ia merasa maruah dijaga manapun dibawa pusaka ini terus bernyawa sirih dijunjung, sirih pinang keris disarung bertanjak songsang adat dijunjung, pusaka dikenang silam tidak lagi nampak terang nyalakan pelita malam ini kemenyan keudara berani mengambil langkah masuk gelanggang mengelak menepis bila diserang mahupun ramai ataupun sorang dihadapinya dengan tenang budaya dibela dijaga rapi adat istiadat menjadi saksi ikhtibar pendekar telah disemadi arang ditiup menjadi api yang benar telah datang yanng batil telah lenyap yang indah hanya bahasa yang baik hanya budi yang benar telah datang yanng batil telah lenyap yang indah hanya bahasa yang baik hanya budi sirih dijunjung, sirih pinang keris disarung bertanjak songsang adat dijunjung, pusaka dikenang yang benar telah datang yanng batil telah lenyap yang indah hanya bahasa yang baik hanya budi pusaka kita maruah kita

Eyman-
welcome to shbcf.ru