Kebakaran di Kg Malawa Sepanggar.

preview_player
Показать описание
KOTA KINABALU: Dua buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Malawa Jalan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Sepanggar di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 malam tadi kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, pihaknya menjalankan operasi pemadaman kebakaran menggunakan tiga aliran dengan lima pancutan 200 kaki sumber air dari tangki jentera serta Water Tanker.

“Dua rumah jenis tidak kekal iaitu sebuah rumah berukuran 60’x40’ terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi rumah berukuran 30’x20’ terbakar hampir 50 peratus.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.17 malam manakala operasi kebakaran ditamatkan pada jam 2.00 awal pagi malam tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan serta punca kejadian masih dalam siasatan.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

innalillahi! semoga negeri ini cepat membaik, & semoga musibah apapun tidak terjadi lg, aamiin! salam ya min, dari pemilik lagu Bersenjalah Asu ..

KeyWilliams