Apandi diarah bercuti, kata Dr Mahathir

preview_player
Показать описание
Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali diarahkan bercuti sementara menunggu siasatan selesai susulan pelbagai aduan yang diterima mengenai kredibilitinya ketika menjalankan tugas.

“Ada banyak aduan tentang peguam negara, atas dasar itu kita berikan dia cuti. Perlu buat laporan polis sebelum siasatan boleh dilakukan, setakat ini belum ada laporan bertulis lagi.

“Walaupun ada tuduhan, tetapi belum ada laporan. Jika ada laporan, barulah siasatan boleh dijalankan, tindakan boleh diambil untuk menyekat tugas peguam negara,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Рекомендации по теме