Biskut florentine cornflakes | 2 Bahan je | Rangup dan Sedap

preview_player
Показать описание
Biskut Cornflakes Florentine yang Mudah, Sedap dan Rangup.
Hi semua. Syawal semakin menjelma. Resepi biskut raya yang amat mudah hanya menggunakan 2 bahan dan proses masak yang cepat. Bahan asasnya tepung florentine dan cornflakes tetapi boleh juga ditambahkan dengan kekacang lain mengikut selera masing-masing. Kepingan rangup dan sedap ni sekejap sahaja licin sebalang. Jom masuk dapur.

Time stamp
0:00​​​​​ Resepi biskut florentine cornflakes
0:20​​​​​ Cara buat biskut florentine
2:40​​​​ Hasilnya biskut cornflakes florentine yang Sedap dan Rangup

Resepi Biskut Cornflakes Florentine
Bahan-bahan :
1 cawan tepung Florentine
2 cawan cornflakes
1/2 cawan almond slices ( pilihan)
Baking paper cup

Cara-cara :
1. Masukan semua bahan ke dalam sebuah mangkuk. Kacau sebati semua bahan.
2. Kemudian ambil 1
sudu adunan dan masukan ke dalam baking paper cup.
3. Bakar biskut ini dengan suhu 150 darjah selama 15minit.
4. Apabila sudah masak. Biarkan biskut sejuk seketika sebelum keluarkan dari paper cup.
5. Adunan ini boleh menghasilkan 35-40 keping biskut.

Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :

Laman web rasmi Malaykitchen :

Telegram Malaykitchen :

Muzik oleh :
Seloka Hari Raya Cover by Hendrisaputra present

#malaykitchen​ #biskutflorentine #biskutcornflakes
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

T kasih beri resepi biskut .mudah buat .badam kena samgai dulu sebelum membuat biskut ini.terbaik.

chenorsiah
Автор

Fav ni..ni resepi mudah..bahan2nya simple..cuma blh tmbah bijan hitam..lgi npk mnarik.

saharasara
Автор

Simple dan sedap. Selamat Hari Raya Aidilfitri sis. Maaf zahir dan batin #StaySafe

INDERANICE
Автор

Alhamdulillaah. Terima kasih. Mohon share.
Nak tanya, badam nak kena sangai dulu ke tak?

mariamharun
Автор

So so delicious!💯
Can paper cup be used instead?

janedcruz
Автор

Salam sis, resepi yg sangat menarik! Cuma nak tanya, paper cup tu boleh di ulang guna balik atau setiap kali guna cup tu dah tak boleh pakai balik ye? Mohon dapat membantu~ 😍😍

sarahLovestruck
Автор

Kak mau nanya kalo takaran dalam gram berpa itu ya🙏 1:36 1:36 1:36 1:36

adnkitchen
Автор

Blih tukar tepung florentine pada tepung lain?

sadeiahmohd
Автор

jenis tepung florentine ni brand apa ye??

sitihayati
Автор

Boleh pakai air fryer tak ? Kalau boleh suhu sama ke dgn oven ?

ainzulaika
Автор

Assalamualaikum, jika tak ada tepung florentine, tepung apa yg sesuai menggantikan florentine? .mohon penjelasan, terimakasih...

hairulabsahabdullahai
Автор

Hirisan badam tu yg mentah atau yg dah bakar?

hazurajamaludin
Автор

kenapa bila bt susah nak keluarkan dari cup.. mesti pecah

norliahosman