Aeman - Buatmu Ibu (Lirik) | Ibu bergenang air mataku

preview_player
Показать описание
🎵 Aeman - Buatmu Ibu Lirik by Memories Vibes
🎧 Use headphones for the best experience ~

🔔 Tekan tombol subscribe dan hidupkan loceng untuk video baru!

📝 Lirik: Buatmu Ibu - Aeman

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…

#buatmuibu #aeman
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Arwah mak saya meninggal 23 tahun lepas ketika saya berumur 4 tahun. Saya membesar dengan ayah serta ibu tiri. Ibu tiri saya baik tapi saya tak pernah dapat kasih seorang ibu. Semua saya simpan sorang. Sejak sek rendah sampai menengah saya selalu dapat anugerah pelajar cemerlang tapi ayah saya tak pernah dtg teman amik anugerah sbb ayah saya sibuk bekerja jadi saya selalu sorang2 je time amik hadiah. Balik rumah tunjuk dkt ayah sijil dgn hadiah semua dan ayah hanya ucap tahniah dan senyuman utk saya. Bila masuk uni pom sama jadi saya dah terbiasa dan gembira dengan cara saya sendiri sehingga saya lupa utk rasa sedih sbb hanya senyuman yang selalu saya tonjolkan sehingga kawan-kawan cakap untung jadi saya namun hakikatnya saya teringin nak jumpa arwah mak saya dan teringin tunjuk semua kejayaan saya dkt mak saya. Saya jarang ada masalah dan Allah sentiasa permudahkan urusan saya. Saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang sebab Allah sentiasa hadirkan orang2 yg baik disekeliling saya. Sekarang saya dah jadi seorang guru dan saya bangga sebab dapat tunaikan permintaan arwah mak saya namun saya masih berharap dapat merasai kasih sayang seorang ibu. Mesti Seronok kalau ada insan yg bernama ibu sentiasa ada dgn kita. Dapat berkongsi cerita harian bersma. Dapat masak bersama, makan bersama. Oh ya, saya masih belum berpunya sebab saya terlalu sibuk mengejar cita-cita sampai tak pandai utk bercinta dan berharap kalau suatu hari nanti Allah gantikan arwah mak dgn bakal mertua yang baik dan saya dapat menumpang kasih sayang dengan beliau nanti. Semoga arwah mak gembira menanti kami adik beradik di syurga ya dan dokan semoga saya dapat mertua yang baik nanti❤

kiranaadea
Автор

menghargai jika insan bergelar IBU masih ada, terima kasih IBU, sayangi IBU selagi masih ada, tiada pengganti bagimu, sayang IBU

sepatubundle_official
Автор

Ibu saya bru mninggal pd tarikh 11/6/2023...mohon shabat2 dlm ni sedekah al fatihah buat ibu kami RASLLAH BINTI MANAP..terima kasih smua

zikk
Автор

Ibu saya baru meninggal hari jumaat 9/9/2022... Mohon sedekahkan Al-fatihah untuk ibu Nor Asmarawati binti Alias. Semoga Allah balas kebaikan kalian. Aamiinnn

Adha_
Автор

Emak sy baru sja meninggal 01.01.2024 .. hari ni rabu 10.01 tarikh hari lahir mak sy😢 .. emakk .. kami anak2 emak smua rindukan mak .. semoga mak tenang di sana .. di tempatkan dikalangan org yg beriman .. semoga jasa emak Allah balas dngn syurga untuk emak .. Allah syg emak ..Allah xnak mak sakit lama2 .. mak dah bnyk tahan sakit .. mohon sedekkahkan Alfatihah untuk emak saya .. Zaharah binti Abas yg telah kembali ke rahmatullah pada Isnin 01.01.2024 baru ni .. Alfatihah untuk emak 😢😢😢

adham-
Автор

Rindu mak.. bagi yang masih ada ibu, hargailah.. kerana, setelah dia tiada, maka bermulalah episod anda akan merindui insan yang tak akan kembali lagi. Baru kehilangan ibu tersayang 03/12/2022.

eijasaid
Автор

Ingat lagi time kem motivasi dkt sekolah dulu, diorang pasang lagu ni. Mmg semua menangis teruk🤧

msnur
Автор

Aku baru sahaja merasakan kehilangan ibu aku pd 9/8/24 . Akhirnya ketakutan terbesar dalam hidup aku telah tiba . Betapa aku rindukan senyuman, gelak tawa ibu 😢 . Kpd yg masih ada ibu, jaga lah sebaik mungkin . Ibumu hanya satu .

zayn
Автор

Buat sahabat semua yang ade ibu Dan Ayah jaga lah untung Masih ade yg do'a kan .aku dah tak ade ibu Dan Ayah 😭

ibrahimbahari
Автор

Ya Allah sdih nya lagu ni..sy xpnh rsa ksih ibu ayh..dh 37 thn xpnh rsa..ibu sy mggal swaktu mlhir kn sy.idup tnpa mak ayh sgt2 perit di tmbah insan2 yg xbrp ska kn ank yg di angp myshkn idup mrk..di fitnh di caci di maki.ada la lumrah idup sbgai ank yg xdak mk ayah..😢

hajarazam
Автор

Alhamdulilah aku masih ada mak, aku akan balas jasa dia

awienawawi-no
Автор

Rinduuunya pada arwah mamy bila dgr lagu ni laju je airmata mglirr.. Sedar tak sedar dah 14tahun harungi hidup tanpa kasih dari ibuu.. Sakitnya rindu tiada pnghujung.. Allahuakbarr..

haniffmohammed
Автор

Hilang indahnya dunia seketika.. Terkaku.. Termenung bila ibu pergi... Al-fatihah 😢semoga yang di tempat kt di taman syurga... Rindu ibu... Sayangi lah selagi masih adaaa😭😞✊✊

HIBRI_EE
Автор

Terasa dunia berhenti seketika apabila saya kehilangan ibu tercinta pada 6/4/2023 bersamaan 15 Ramadhan 1444. Semoga Arwah ibu saya Allahyarhamah Kalthom bte Mohd Top ditempatkan diSyurga dan bersama Para Solehah. AlFatihah

taufikhnordinyatim
Автор

(5.1.24-2.1.64)Al fatihah mok dan untuk semua yg telah pergi dahulu . Kero syg ke mok . Berbahagia la ibuku disana .

KhairulZakhwan
Автор

ibu segala-galanya untuk saya, kasih sayangnya tiada tolak bandingnya❤️ sampai saat ini saya masih berusaha untuk jadikan segala impiannya menjadi kenyataan, doakan impian saya untuk bergelar seorang guru pendidik tercapai .... ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk saya, setiap kemahuan saya dia turutkann . sayangnya saya pada ibu tidak mampu diungkapkan, dia sangat bernialai untuk saya❤️ ibu la kawan, ibu la pendengar setia saya 🥺🤍 . semoga ibu abah dipanjangkan umur, masih banyak impian ibu abah yang kakak nak tunaikan . kakak sayang ibu abah dunia akhirat❤️❤️❤️❤️

Afalina-iv
Автор

19 tahun ibu sya xde☺️moga syurga buatmu mama❤meninggal masa nak melahirkan..alfatihah

wazinisyafiq
Автор

Rindu Ibu... Terime kasih kerana melahirkan kakak dan menjaga kakak dengan penuh keikhlasan

shahizzatazmi
Автор

Sedih bila lagu ni latar dgn kes kemalangan ank gajah di Grik. Ibunyr setia menunggu di situ, walaupn hanya seekor gajah liar...

WanEmranEmran
Автор

Lagu yg amat menyentuh hati . Dengar boleh, tapi bila dengar sambil nyanyi, berjurai air mata jatuh . Terima kasih pada yg tulis lirik & yg menyanyikan lagu yg sungguh menyentuh hati 😢😊

MuhammadZamiOthman-zl
visit shbcf.ru