Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, laporan akhir pasukan petugas khas

preview_player
Показать описание
Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, laporan akhir pasukan petugas khas telah dibentangkan

Laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemantauan yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, setelah dimuktamadkan 22 Ogos lalu.

Laporan akhir itu diserahkan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Khas,Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Laporan tersebut merupakan suatu laporan yang bersifat bebas.

Ia berasaskan pandangan dan pendapat pakar hasil analisa, penelitian dan pemerhatian Pasukan Petugas Khas sepanjang hampir sembilan bulan.
Ia merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin dan menjadi keutamaan.

Sebarang tindakan susulan kerajaan berkaitan isu itu memberikan impak yang positif kepada negara.

Laporan akhir Pasukan Petugas Khas ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri
Рекомендации по теме