filmov
tv
BOS BERI 'ANGPAU' SIAP PAKEJ CIUM DAHI

Показать описание
BOS BERI 'ANGPAU' SIAP PAKEJ CIUM DAHI
Seorang majikan di sebuah bengkel menerima pujian apabila bermurah hati memberikan ‘angpau’ kepada pekerjanya yang berbangsa Melayu sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Menerusi perkongsian @Kelvinyap8 di TikTok, majikan berbangsa Cina itu dilihat menyerahkan sampul besar berwarna merah kepada pekerjanya yang telah berkhidmat di bengkel tersebut selama lima tahun.
Lebih mengejutkan, dia turut mencium dahi pekerjanya sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan atas dedikasi yang diberikan.
Reaksi pekerja itu menjadi tumpuan apabila dia tersenyum lebar setelah membuka ‘angpau’ dan melihat kepingan wang RM50 dalam jumlah yang banyak.
Selain itu, Kelvin turut memberikan satu lagi sampul merah yang berisi beberapa keping RM50 dan menyatakan bahawa itu merupakan bonus ‘rajin’ sebagai penghargaan tambahan.
Pada penghujung video, dia dilihat melakukan perkara yang sama kepada seorang lagi pekerjanya.

Комментарии