Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi [Lirik]

preview_player
Показать описание
Artis: Damasutra
Lagu: Umpama Mimpi Dalam Mimpi
Komposer: Awang BPR
Lirik: S. Amin Shahab

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila ku pejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita

Luka yang tak terasa
Mengalir darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu

Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Luka yang tak terasa
Mengalir darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu

Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi

Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi
Комментарии
Автор

Serasa muda...sentiasa rs meremang bl dgr lagu2 lama.Sedih, gembira, ketawa suma terbayang.Today aku dah berusia..

zuraeyka
Автор

saya salah satu gen z iaitu anak yang lahir 2005 yang masih mempunyai cita rasa tersendiri...saya minat lagu lagu 90an dan rock dari kecik sampai sekarang sebab dah terbiasa dikalangan keluarga saya lagu rock dan 90an ni lagu zaman sekarang tak berapa nak minat aura takde fill ooo kalau 90an lain macam aura dia nak tanya sikit masih ada ke gen z yang dengar lagu ni cuba comment

Noahxns
Автор

Perjalanan hidup itu tak mudah seperti disangkakan
Tapi tetap kena tabah selalu dalam menghadapi ujian kehidupan. Syukur dan Sabar adalah 2 kunci yang membuat manusia mampu bertahan dengan ujian kehidupan.

azmanbahagia
Автор

lagu inimenganangku di corporate laundry dengan kekasih ku yg menghilang 16 th gak paernah sekali bertemu semoga kau berbahagia dengan orang yg kau sayangi

al-tyuproyal
Автор

Terbaik Bro.. terbaik Damasutra.. rock layan terus... penuh kesyahduan...

muhamadzulkiflimdzain
Автор

Umur 20 mau ke 21 sangat terobsesi lagu lama dari umur 16thn, pertama kali dengar sampai 2025 sangat lekat dengan perasaan dan jiwa, terimakasih perkumpulan orang tua yang sudah membahagiakan saya dengan mengenal lagu lama❤

RisKy-zb
Автор

Lagu ini muncul 1991 pd usia aku 11 tahun..kisah dgn rakan sekelas yg comel..aku mmng suka dia tp muda sgt waktu tu..tak reti nk mengayat, tak reti nk mengorat..perasaan tu ada..bila tingkatan satu dia ke sekolah lain..aku sekolah lain..lagu ini buat aku teringat dia...Baru2 aku tersempak dgn dia..dgr cerita dia janda anak dua..memikir jugak aku nie..hehehehehe

insanfakir
Автор

9/1/2024 hadir..teringat memori keje kilang tekstil soutex batu pahat dolu2, gulung kain sambil nyanyi..member hurahura lost contact

saharuddinsaidi-rhss
Автор

ALLAHUMMA SHOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD WA'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD

azamuddin-os
Автор

Neez Oficial sllu hadir temani aktifitas

syarifcunong
Автор

Dah lama x dengar dan nyanyi lagu ni. Buat si dia, semoga diri mu selalu sihat, bahagia, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan always beauty haha..

mohdnassir
Автор

Lagu lawas...AQ masih kecil masih SD..tp masih menyentuh dihati tak pernah bosan di dengar❤❤

RezaSaputra-zxkm
Автор

Umpama mimpi dalam mimpi, lagu yang sangat menyentuh...

tamansatwa
Автор

Anak aku lahir tahun 2012 (skrg umur 12 tahun), dia suka lagu ni kerana aku ni suka layan lagu2 80an dan 90an.

Tahun 2025 aku masih layan lagu2 nostalgia 80an 90an kerana aku membesar dgn lagu2 ni dimana era zaman muzik rock kapak dan pop melayu sedang popular.

Dalam tak sedar anak aku pun menaruh minat yg sama. Setiap kali travel je, dalam kereta dia pasti request nak dengar lagu2 Wings, Search, Terrarosa, Damasutra dan beberapa lagu lagi. Katanya lagu2 zaman Ayah dulu semua best2. Dan, memang benar, lagu2 zaman 80an 90an mmg kekal relevan dan menyengat hingga kini.

Memang semua lagu ni sgt nostalgia bagi aku yg skrg dh berumur 40an.

daengapis
Автор

Senikata best pada lagu ini adalah:
"Pabila ke pejamkan mata"
"Akan terasa hangatnya
Pejamkan mata dapat dikaitkan dengan lena, manakala sebelum asmara adanya makanan dan minuman, next selang beberapa jam "akan terasa hangatnya asmara"... Ketiga-tiga perkara ini adalah di antara nikmat² yang besar dianugerahkan oleh Pencipta kita sebagai makhlukNya!

khairulamribahari
Автор

Thanks all sahabat2 rekan qu, yg memeberikan semangat, men support, semagat diriku yg tadinya sdh hampir padam, kalian sudah membagunkan jiwa ku kembali, for back to street, 🙏😘 insyaallah apa yg dlu hilang akan kembali🎉.

YusufIrawan-vj
Автор

Masih denga Salam dari selatan Thailand 😊👍

jr_jikko
Автор

Lagu dan senikata yg paling mantap, ❤️👍

NurHayati-htdf
Автор

Lagu ini tentang kenangan, tentang kerinduan, tentang perasaan yg kuat dan mengharap sesuatu yg tak mungkin yg mungkin hanya tercapai dalam mimpi atau rawan sementara..rindu pada mereka2 yg telah tiada terutama insan yg kita menumpang rahimnya dan mengerti apa itu kasih dan dikasihi..

arisramli
Автор

Lagu zaman sekolah menengah, memang tengah syok layan lagu2 jiwang masa tu. Now dah 46 tahun 😊

norainikamardin
visit shbcf.ru