Kolaborasi RELA, JAPEN dan APM perkasa komuniti patuhi SOP PKP

preview_player
Показать описание
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bersama sama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkolaborasi bagi menjayakan program pemerkasaan komuniti dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan.

Menurut Pengarah Rela Wilayah Persekutuan, Timbalan Pesuruhjaya Darman Dabang, program ini adalah manifestasi bagi memerangi COVID-19 dan satu tugasan bersama untuk terus memberi kesedaran kepada orang awam.

Program pemerkasaan komuniti dan pematuhan SOP tersebut dilaksanakan di lima daerah iaitu Dang Wangi (Pasar Pudu), Cheras (Pasar Kampung Pandan), Sentul (Pasar Keramat), Brickfields (Bazaria Kerinchi) dan Putrajaya (Presint 9) yang berjalan serentak pada pukul 9.00 pagi tadi.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Kuala Lumpur, Kapten (PA) Mazran Mohamed peranan APM juga adalah untuk memberi peringatan kepada orang awam supaya tidak leka terutamanya ketika berada di kawasan tumpuan ramai.

Anggota APM dan RELA juga digerakkan di lokasi terlibat dengan dibantu oleh pemimpin komuniti untuk memberi peringatan dan penerangan kepada masyarakat.

Manakala JAPEN pula melakukan hebahan dengan menggunakan pembesar suara.

Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga berada di lokasi-lokasi terlibat bagi memantau pelaksanaan program itu.

Sumber : Berita RTM
Рекомендации по теме