Q&A Hidup Lepasan SPM - Bidang Sains Tulen atau Akaun ??? (ft. Fakhrul Syahir)

preview_player
Показать описание
Video ini sedikit sebanyak memberi input kepada adik-adik lepasan SPM untuk memilih arah tuju bidang apa untuk diceburi selepas mendapat keputusan SPM yang lalu (5 Mac 2020).

Terima kasih kepada Muhammad Fakhrul Syahir bin Kasim kerana ingin berkongsi sedikit pengalaman beliau yang dulunya belajar aliran sains tulen ketika zaman sekolah menengah tetapi menceburi bidang perkaunan untuk diploma dan sarjana muda (bachelor degree).

Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari destinasi dan hala tuju kerjaya masing-masing selepas SPM. Sukar untuk membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan anda sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit informasi mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.

1. Universiti
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sudah pasti memilih universiti sebagai destinasi pengajian mereka selepas SPM nanti. Jika anda ingin ke universiti, anda haruslah memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia. Selepas itu anda boleh teruskan pengajian ke peringkat ijazah.

2. Program Matrikulasi
Sekiranya anda tidak berjaya mendapat tempat dalam program asasi melalui UPU, janganlah bersedih :) Anda masih boleh menyambung pengajian asas di kolej-kolej matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan. Sama saja dengan program asasi. Selepas habis program matrikulasi, anda boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrikulasi ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda. Ramai pelajar-pelajar dari program matrikulasi yang memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.

3. Politeknik, Program Teknikal dan Latihan.
Jangan mudah berputus asa sekiranya anda gagal ke IPTA dan Program Matrikulasi. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran ke politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan. Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya.

4. Kolej-kolej Swasta
Kalau beli surat khabar sekarang ni, ada banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus dan sesuai. Kalau anda mahu teruskan pengajian ke kolej, anda boleh masuk kolej-kolej yang ada nama sikit seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja. Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.

5. Tingkatan 6
Ramai pelajar-pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran. Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.

6. Institut Pendidikan Guru (IPG)
Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa sendiri kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.

Akhir kata, disamping pelajar-pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga solat istikharah serta sentiasa banyakkan berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam. Umat Islam masa kini sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai khaira ummah. InsyaAllah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Me pure science spm, dip in applied science major biology, degree in applied science major marine technology and now 7 years in financial industry. Any path we choose is wonderful journey to enjoy.

naz_si_uncle
Автор

tq fitri sbb jemput... klu ade info yang salah harap dimaafkan

fakhrulsyahir
Автор

Nice info 🥰🥰🥰 thanks for sharing for both of you !!!

koleksifrankadam
Автор

siapa yg ckp bidang accounting ni susah nk dpt kerja?, in fact kalu ada degree in accountancy if you apply government gaji permulaan paling tinggi berbanding degree dlm bidang lain...Dan ada degree in accounting ni tak semestinya hanya jawatan Akauntan shj, in fact you boleh join Kastam, join Jabatan Audit Negara dan byk lagi kerja yg best best yg you boleh apply dengan degree in accountancy ni..

amirwaqi
Автор

I bru dpt dip in science but masa spm i amik course acc💔 . And now i tgh research more abt science since i mmg tktau apa pun psl kimia, fizik or bio masa sek menengah . Tpi lepas i dgr nasihat ni i rasa okay skit kot but still takut .Kena struggle gile

nurhazwanibintiahmadshukri
Автор

ya Allah terima kasih ngat2 buat video niii.. saya spm amik sains n result cukup2 je.. so saya terfikir jugak macamtu, , kalau sekadar minat tapi aq x mampu bawak baik aq tukar ke bidang akaun. dan saya dapat matriks perakaunan pst .. nak tak nak kena pulun lah ni hahahahaha

angela-pvmr
Автор

saya from pure sc nak tukar ke acc jugak. sangat membantuu !!! thank you so much for making this video😍

nurazlina
Автор

saya nak tanya kalau spm saya aliran sains then stpm minat dengan perakaunan dia kene cover basic dari sekolah menengah ke tak payah cover ?

norfarishahlaila
Автор

heloo.. i nak tanye, kolo lepasan diploma bidang sains macam bioteknologi.. boleh tak sambung degree in accounting..? tolong bagi penjelasan...please?

anasazman
Автор

Assalamualaikum please jawab
Saya mendapat 4A in spm
Bio= c+
Fiz= B
kim= c
Bi=B
Sains computer=B
Bm= A
Mt= A
Sej=A
Pai=A
Am= E

Saya mendapat tawaran DIPLOMA IN PHARMACY AT UNIKL RCMP PERAK

1.macamana abang rasa layakke saye ambik diploma in pharmacy ?
2.susahke diploma pharmacy?
3.kena struggle ker?

muhammadabqori
Автор

Can i someone have take a diploma in accountancy in UiTM but he or she change to continue their degree in same course....that is accountancy then they have continue their degree in accountancy in another university example is he or she get a credit transfer too ?

rosnanisalleh
Автор

Saya budak spm aliran sains tulen lepastu ade persediaan itu pon bahasa arab sahaja.Lepastu teeus degree in islamic finance.Saya perlu cover apa ye?

sitizulaikhamaisarah
Автор

Orang kata susah nak dapat kerja kalau ambik accounting..so..it depends on the result(pointer) degree ke mmg account susah dpt kerja?

alyaaroslan
Автор

Saya dapat aliran sains tapi saya betul2 minat nak belajar akaun..saya nak tukar ke akaun..erm ada pendapat tak? 😭😭 saya takut menyesal sbb ramai kejar kelas sains....

ainnsofeaa
Автор

Assalam nk tanya boleh ke ambil diploma account tapi masa spm tak ambil subjek addmath

nhbhana
Автор

sy pure sc tp ambik akaun matrik 😭😭😭😭😭😂skrgni tgh struggle gila nak paham, and now i think acc lg susah dari sc....

aleyaashahira
Автор

Sy seperti abang yg dlm video nih, sy dr aliran sains dan tiada basic in Akaun...sy nak ambik dip.akaun antara sbbnya kerana sy sangat minat mengira dan perkara berkaitan nombor.Tp ada satu masalah saya lemah sedikit dlm subjek Bi. Jd nak tanya sesuai tak sy ambik bidang akaun

afiqhisyam
Автор

Saya nk tanya, kalau xde basic account masa sklh menengah, lebih prefer untuk ambik stpm, matriks, atau diploma. Saya nk tau mana lagi memudahkan saya untuk bljr acccount

muhdhaziq
Автор

Klau ambik asasi uitm, lepastu ambik degree dlm bidang engineering aircraft boleh ke?

khairulzack
Автор

can i ask? kalau kita ade ijazah perakaunan boleh x mohon untuk jadi guru akaun sekolah menengah

nurulasyiqin