SDARA Weekend : Battle of the Bands

preview_player
Показать описание
SYARAT DAN PERATURAN KHUSUS
SDARA WEEKEND BATTLE OF THE BANDS

1. Pertandingan adalah terbuka kepada semua warga SDARA

a) Bilangan ahli kumpulan adalah tidak melebihi daripada 6 orang.
b) Setiap ahli hanya boleh menyertai SATU band sahaja.
c) Yuran penyertaan untuk pertandingan ini bagi setiap kumpulan adalah sebanyak RM200 sahaja.

* Pengecualian khas untuk SATU sahaja ahli (pemuzik) yang bukan terdiri dari warga SDARA. Walaubagaimanapun, penyanyi utama haruslah terdiri dari ahli SDARA (bekas pelajar SDAR).

2. Persembahan

a) Setiap kumpulan mempersembahkan 2 buah lagu sahaja di mana SATU lagu adalah dalam Bahasa Melayu. Medley tidak dibenarkan.
b) Jangkamasa persembahan adalah tidak melebihi 10 minit. 2 minit diberikan untuk tujuan ‘sound checking’.
c) Semua ahli kumpulan dimestikan berada di atas pentas sepanjang persembahan kumpulan.
d) Kesemua ahli kumpulan dibenarkan menyanyi dan memainkan alat muzik.
e) Penganjur hanya akan meyediakan peralatan muzik (backline) kumpulan yang asas sahaja seperti drum, amplifier gitar, amplifier bass, dan microphone.
f) Penggunaan instrument seperti gitar akustik (plug in) dan bass akustik (plug in) dibenarkan.
g) Kesemua persembahan hendaklah dimainkan secara LIVE.
h) Sebarang bentuk pengaturcaraan (music programming) adalah tidak dibenarkan.
i) Pakaian hendaklah sesuai dan tidak mencolok mata.

3. Kategori Lagu Bebas (peserta boleh memilih mana-mana genre yang difikirkan sesuai).

* Lagu yang tidak beretika yang mempunyai senikata yang bertentangan dengan ajaran agama, lucah dan lagu-lagu yang seumpama dengannya adalah dilarang sama sekali di dalam pertandingan ini.

4) Pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusan panel hakim adalah muktamad.

Penghakiman adalah berdasarkan kepada beberapa aspek berikut:

*Intonansi
Penguasaan nada
Harmoni
Ketetapan nada

*Kemahiran Persembahan
Tempo
Iringan
Kombinasi kumpulan

*Persembahan Pentas
Sikap
Pakaian
Penguasaan pentas

5) Tambahan

Setiap peserta harus bersetuju untuk muncul dalam mana-mana media sosial termasuk temuramah, rakaman latihan dan lain-lain yang dirasakan bersesuaian untuk tujuan promosi dan hebahan untuk SDARA WEEKEND.

Semua hak rakaman dan hak penggunaan adalah milik penganjur Battle of the Bands SDARA WEEKEND untuk digunakan mengikut kesesuaian.
Setiap peserta harus menandatangani ‘consent & indemnity form’ yang akan diedarkan sebelum hari pertandingan.

#sdaraweekend2022 #sw2022 #sdar859 #berilmuuntukberjasa

Pendaftaran akan dibuka bermula Jun ini dan tarikh tutup pendaftaran akan diumumkan nanti. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk di:
Рекомендации по теме