Spring - Cempaka Di Rembulan [Lirik]

preview_player
Показать описание
Lagu Cempaka Di Rembulan Dinyanyikan Oleh Spring

Doa sepiku ini
Dihiasi bunga cempaka
Mengiringi kembaramu
Cinta yang asli
Oh kekasih ku

Kerinduan bersama
Masih bermain di jiwa
Engkau tetap ku cintai
Namun rembulan
Tak mungkin berkembar siang

Di tepiku kenangan silam
Mengusik-usik naluri ini
Di depanku hidup yang tanpamu
Kau kekasih-Nya Pencinta Yang Abadi
Oh... Pencinta Abadi

Hangat jemarimu telah digantikan
Dingin salju dan air mata
Yang kian lenyap dan terbenam

Kerana syurga yang kita idamkan
Kita terpisah di dalam igauan
Engkau hampiri
Aku yang tertinggal menantikan
Saat-saat bersamamu

Doa sepiku ini
Dihiasi bunga cempaka
Mengiringi kembaramu
Cinta yang asli
Oh kekasih ku

Kerinduan bersama
Masih bermain di jiwa
Engkau tetap ku cintai
Namun rembulan
Tak mungkin berkembar siang

Di tepiku kenangan silam
Mengusik-usik naluri ini
Di depanku hidup yang tanpamu
Kau kekasih-Nya Pencinta Yang Abadi
Oh... Pencinta Abadi

Hangat jemarimu telah digantikan
Dingin salju dan air mata
Yang kian lenyap dan terbenam

Kerana syurga yang kita idamkan
Kita terpisah di dalam igauan
Engkau hampiri
Aku yang tertinggal menantikan
Рекомендации по теме
Комментарии
Автор

Best lagu ni layan je tiap hari tanpa rasa bosan.Siapa masih dengar Julai 2024 sila Like Komen dan Share ye.

mohdraziman
Автор

Al Fatihah buat ibu kepada 5 anak2 ku. 6/12/2015 dikau tinggalkan puteri bongsu kita yg baru 2thn sehari sebelumnya. Pilu hatiku tatkala engkau kembali ke pangkuan kekasih sejatimu. Aku redha akan ketentuanNya sebab kesakitanmu tlh diangkat sepenuhnya

nikma
Автор

"Doa sepi ku ini dihiasi bunga cempaka"- Orang melayu bila seseorang meninggal dunia, selain berdoa ditanamnya bunga cempaka di kubur simati....pokok itu tinggal kekal disitu, hanya doa yang mengiringi kembara arwah ke alam lain". selebihnya dia bercerita tentang betapa sedih dirinya mengenangkan orang yang telah pergi tu.

shimo
Автор

Kenapa kita harus bangga dgn muzik luar...kalau musik kita sendiri tersangat istimewa..tiada lagu dlm dunia ni yg dpt menandingi muzik slow rock kita...lirik dan melodi nya boleh buat kita termenung dan tanpa sedar air mata kita mengalir ....

jalihajamsari
Автор

Di depanku hidup yang tanpa mu.. al fatihah suamiku . 14tahun bersama mu. Semoga tenang disana sayangku.

nhhdyh
Автор

Al fatihah untuk arwah isteri aku.... Pergi menemui Allah ketika dia sedang membantu mangsa kemalangan....
Doakan aku Dan dia kembali bertemu Di syurga....

norazmieabdulrahim
Автор

AL Fatihah UTK arwah suamiku..semoga suatu saat nanti kita akan berjumpa semula di syurga firdaus

SarinaSarina-pwnh
Автор

lama aku kaji lagu ni, dia macam cinta Allah dan cinta manusia, aku pun entah la, orang lama kalau menulis lirik memang dalam maksud dia

muhammadamirol
Автор

Al FATIHAH buat arwah babah yg telah kembali ke rahmatullah pada 28/8/22 ahad jam 5.10 pagi..angah rinduu babahh....🥲🥲🥲

muhammadshazuwanambre
Автор

Lagu ini menjadi kenangan kami sekeluarga kerana sebelum pemergian arwah abang saudara ada nyanyi kan lagu ini sebelum dia meninggal dan di faham kan ini lagu fvrt arwah.. Al-fatihah buat arwah Hapijan bin bumran semoga roh abg tenang di sana .. Amin...

kluangambushchanel
Автор

Terima Kasih Min . Mohon updated selalu lagu2 90an ni . Tak tahan nak dengar lagu2 sekarang ni 😣😣😣 kucu kuca kucu kuca, kais pagi makan pagi kais petang makan petang . Aih macam2 lah lagu sekarang 😭😭😭

tffqslm
Автор

Lagu ni kwan² arwah adik ckp dye suka sgt lagu ni..rupany lagu penuh makna..selepas di pergi tggl kan kami..jumpa maha pencipta..AL FATIHAH MUHAMMAD FUAZI BIN BAHAR

AidaBahar-gibs
Автор

Lagu zaman sekarang dah tak setanding lagu macam ni. Saya generasi tahun 97 minat lagu ni

stefenjeruna
Автор

mengalir airmata dgr lagu ni..teringat arwah abg...al-fatihah utk along..Hairul Nizam Bin Bahari.1981-2003

ireanerafael
Автор

Yg pergi haruslah pergi
Yg Masih hidup kena teruskan
Hidup ni ada Titik noktahnya .
Redha je atas pemergian org yg kita sayang, jika rindu berdoalah supaya rohnya dirahmati Allah swt.

HanifRock
Автор

Wow aku teringat semasa di Malaysia
Salam anak rantau

ozwknkg
Автор

"kita terpisah di dalam igauan"
Aku ada dgr ustaz ckp masa kita hidup kat dunia kita rasa alam barzakh/alam akhirat tu mcm mimpi ("dongengan")tapi bila kita dah mati nti dibangkitkan semula kita akan rasa sebaliknya yg selama kita hidup kat dunia tu hanya mcm mimpi dan sekejap je😢

lastemperor
Автор

Lagu yg sgt mengasyikkan .. selamat malam umm

syasyaadling
Автор

Rindu pada yang telah tiada..bercinta dr zaman sekolah 1992 sampaila ke akhir hayatnya, thn 2007 dia telah pergi meninggalkan saya selamanya

annejalil
Автор

kalau hayati betul2 lirik ni boleh bergenang air mata..

ahilman