MAFI keluarkan 166,799 surat kebenaran rentas negeri PKP

preview_player
Показать описание
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengeluarkan 166,769 surat kebenaran merentas daerah dan negeri kepada pengusaha pertanian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak pembaziran hasil pertanian.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata ia bagi memudahkan aktiviti pemasaran dan pengedaran produk berasaskan pertanian

"Sewaktu PKP dilaksanakan, aktiviti pertanian telah dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu dan dibenarkan beroperasi bagi memastikan rantaian bekalan makanan tidak terputus untuk kegunaan rakyat Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang meminta MAFI menyatakan langkah-langkah penyelesaian pemutusan rantaian bekalan sewaktu PKP yang mengakibatkan pembaziran hasil pertanian.

Ahmad berkata beberapa strategi dilaksanakan bagi mengelak pembaziran hasil pertanian sewaktu PKP termasuk mengadakan Pasar Segar Terkawal sewaktu PKP 1.0 (30 Mac hingga 1 Mei 2020) dan PKP 3.0 (1 Jun hingga 11 Sept 2021).

-----------------------

Untuk maklumat lanjut kempen U Mobile, sila layari

-----------------------
#BH #BHTV
visit shbcf.ru