KONSERT 5 RUKUN 2.0 PERJUANGANMU

preview_player
Показать описание
Konsert 5 Rukun 2.0 (Perjuanganmu) bakal diadakan pada 2 November depan di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor, bermula pukul 8 malam.

Bakal menghimpunkan lima artis terkemuka tanah air, iaitu Rabbani, Mawi, Hafiz Hamidun, Khai Bahar, dan Inteam....

Ia dalam usaha memastikan hiburan dakwah terus relevan dan menjadi medium penting untuk mendidik akhlak, menyebarkan ilmu Islam, serta mempertingkatkan keimanan kepada ilahi.

Anjuran Mac Training Centre Sdn Bhd konsert ini adalah kesinambungan dari kejayaan Konsert 5 Rukun yang diadakan pada tahun sebelumnya, yang menampilkan konsep Lima Rukun Islam.

Namun, kali ini, Konsert 5 Rukun 2.0 (Perjuanganmu) membawa tema sejarah perjuangan Rasulullah SAW serta para pemimpin Islam yang menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.

Pengarah Urusannya, Samirah Hambali, berkata pihaknya merasakan hiburan berunsur dakwah masih mempunyai pengikut setia walaupun disaingi aliran-aliran muzik lain.

Berlangsung selama dua jam dan dibahagikan kepada dua segmen, ia bakal menampilkan persembahan solo, duet, serta nyanyian beramai-ramai oleh para artis sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Selain itu, konsert ini akan diiringi oleh Orkestra Tradisional Kontemporari UiTM yang terdiri daripada 25 orang pemuzik, di bawah pimpinan pengarah muzik Radzali Mustaffa dan Kamrul Bahri.

Sebanyak RM5 daripada setiap tiket akan disumbangkan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia, dengan potongan harga peratus bagi pembelian berkumpulan dan pelajar.
Рекомендации по теме